Tuesday, January 5, 2010

BacK To sChoOL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni abe mula kerja. First thing abe buat bila sampai sekolah ialah abe cari jadual waktu, kot2 abe kena masuk kelas 1st period. Tapi alhamdulillah, mase abe lepas rehat. So abe join kawan2 gi minum kat warung bawah. Sekolah abe ada dua orang cikgu baru, sorang pompuan (cikgu sains) dan sorang ustaz. Lepas tu dua orang cikgu sandaran tahun lepas pon dah ada semula. Masa abe hari ni 2 period je tapi abe tak ngajar pon psl tak ready apa pon lagi, cuma abe bagi briefing sesikit kat bebudak tu. Abe dtg sekolah hari ni konon nak pulang paku buah keras, tapi tak jadi pulak. Rasanya everything is going to be fine. Forget the past.

Masa breakfast kat warung bawah cikgu jamal pulak hulur kat abe rm500, bayaran water filter bio aura yang dia ambik ngan abe sebelum cuti tahun lepas. Terus abe terbayang hp blueberry yang abe nak ambik tu. Pasal water filter bio aura ni nnt abe cerita lain kali. Sad story...huhuhu. Ingat masa balik abe nak singgah kat pilah tgk hp tu dan terus angkat je, tapi fikir punya fikir, abe nak selesaikan credit card abe dululah, nnt kalau ada rezeki lebih nnt, abe angkatlah hp tu. Its not necessary yet. Lepas tu abe cubalah kenen2 waterfilter tu kat cg ali pulak. Agaknya dah nak jadi rezeki abe, dia pon sanggup ambik. So, kalau diikutkan, tinggal lagi 1 unit lagi water filter.

Balik rumah abe sambung projek abe masak buah jering. Abe siap call mak abe kat KB tanya mcm mana masak jering nih. Sonang je, rebus sampai empuk, pastu masukkan sikit abu nak bagi dia kaler perang, tapi mana abe nak cari abu?? Kelapa parut buah penyecah dia mungkin ada kot dalam fridge. Tengok nanti.

Abe nih kalu menulis kat blog abe nih mcm tak nak berenti. Hari ni sume family abe gi sekolah kecuali anak sulung abe tu si nurin aka shushima tu. Dia tengah menganggur sekarang nih...tak lah, dia mula sekolah 11/1 nih. So seminggu ni dia lepak rumah jelah. Hari ni saje abe tinggalkan laptop dan broadband kat rumah supaya dia tak boring sangat. Rupanya dia jugak ada masak breakfast, iaitu cokodok bilis. Ade lagi bawah saji, abe tak rasa lagi, nampak pucat je. Yelah dia pon baru nak cuba2, biasala...

Hari jumaat lepas abe ade topup prepaid abe. Pastu celcom bagi bonus rm9. Bonus ni akan luput lepas 7 hari bila tak pakai. So, sekarang nih abe tengah bertungkus-lumus nak menghabiskan kredit RM9 tu. Abe pon tak tau nak call sape lagi. Yang abe call sekarang nih sumenya list 15pax abe, jadi caj tak banyak. Tinggal lagi 2 hari.

Abe: Ada credit susah, tak de pon susah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...