Monday, February 1, 2010

Seri Cempaka, Katil 418

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

28-01-2010:
Malam jumaat lepas masa tengah tahlil lepas solat maghrib, tiba2 je pinggang abe ni rasa sakit. Makin lama makin sakit. Belum sempat abis tahlil, abe terus cabut balik rumah sebab abe tahu kalau tunggu lama2 lagi, sure makin tambah sakit. Sampai rumah je abe terus menggelumpur pasal sakit sangat sampai berpeluh2. Wife abe dan anak2 abe pun terkejut tengok abe balik awal. Dorang pon tak tau nak buat apa. Last2 sekali abe suruh wife abe panggil mentua abe. Lepas dia urut dan jampi sikit2, barulah rasa lega. Abe terus mintak wife abe anta abe gi hospital kpj kat seremban. Tapi nak menyampaikan kat kpj tu, fuh! sakitnya toksah nak cerita, sakit tapi rasanya taklah mcm org nak bersalin.

Sampai je kat kpj, abe terus masuk emergency room. Dorang terus bagi inject, dorang cakap setengah jam baru ubat tu berkesan. Tapi nak menantikan ubat tu jalan, umang ai, sakiiiiit. Lepas tu abe pon terlelap kejap agaknya penat menahan sakit tadi. Abe terjaga bila Doktor Yoong sampai. Dia pon cam lagi abe dgn wife abe. So malam tu abe tido kat wad. Bang chek ngan Kak Jun datang walau pon masa tu dah lewat malam. Malam tu wife abe tak balik, pasal dah lewat malam, dia tido sebelah abe kat katil abe tu. Sampai pagi tak ade sakit.

29-01-2010:
Esoknya, abe gi x-ray biasa ngan scan city. x-ray biasa tak nampak sangat mana letak batu karang, tapi bila buat scancity, baru nampak. Ada dua bijik, satu terlekat kat saluran kencing dan satu lagi ada dlm batu karang. Doktor boleh tembak time tu jugak tapi insuran belum keluarkan GL. So kenalah tunggu sampai GL aprrove. Petang tu abe tido je la dan wife abe gi Cyberjaya ambik nurin kat Seri Puteri. Sejak semalam wife abe tak tukar baju. Petang tu uda sekeluarga datang ziarah, tapi tak lamalah psl dorang ada hal kat KL. Lepas maghrib wife abe anak beranak pon baliklah. Malam tu pulak abe tak sangka sungguh, keluarga abe dari kelantan datang melawat. Sebenarnya dorang datang sini pasal ada kenduri anak sedara abe kat rembau. Bila dapat tahu abe masuk wad terus dia datang. Mak, kak Jarah, kak Som, abe leh, abg rosli, kak midah, eni, madi, mat him dgn bini dia. Abe pon tak dapat nak layan sgt dorang psal penat dan sakit. Lagipon dah tengah malam. Pukul 12 lebih baru dorang balik. Terima kasih semua.

30-01-2010:
Pagi esoknya doktor kata GL dah lulus dan boleh tembak dalam pukul 12 tgh hari. Wife abe pon dah sampai dengan anak2 semua, mertua abe, andak dan angah dengan kak ngah. Pon abe tak dapat nak layan sangat pasal sakit, penat dan boring. Terima kasih dan sori semuanya. Dalam dok menunggu abe, dorang gi rumah bang chek kat seremban 2, lepak2 kat sana. Tunggu doktor panggil, tapi jam 2.30 ptg baru doktor bawak ke bilik mesin tembak tu. Masa nak tembak, tak nampak pulak batu tu, kena pulak x-ray lagi sekali. Rupa2nya batu dah jatuh ke bawah, dekat dah dengan pundi kencing. So nak tembal susah jugak takut kena tulang. Abe pon decided tunggu dulu, mana tau batu boleh turun masuk dalam pundi kencing dan keluar. Doktor pon setuju, psl abe pon dah tak sakit lagi, makan ubat jelah. Minggu depan datang lagi untuk x-ray tengok kedudukan batu. Maknanya esok abe boleh keluar wad. Petang tu family abe dtg lagi melawat, mak, kak jarah, kak som, abe leh dan abg rosli. Abe tak dapat layan sangat psl sakit datang balik. Sori sangat2.

Sebelah malam, abe tak ade buat ape2. wife abe pon dah balik. Abe tengok tv kejap, 10.00 malam abe tidor sampai pukul 7 pgi besok.

31-01-2001
Hari ahad, abe bersiap2 nak keluar wad. Then pihak kpj call kata bil dah siap. Tapi wife abe belum sampai, kena tunggu dia dulu. Dalam pukul 1ptg, abe keluar wad. Pas tu abe hantar nurin balik seri puteri, then gi rumah abang rosli psl mak dan kak jarah nak gi tidor rumah abe satu malam. Semua orang terkejut tengok abe sihat walafiat boleh drive lagi...hehehe...

Bila abe sampai rumah, abe kencing, keluarlah seketul batu-kecik je, besar biji beras. Abe ambik dan simpan nanti nak tunjuk kat Dr Yoong. Tulah dia, sampai sekarang tak adalah sakit teruk2 macam 2-3 hari lepas.

01-01-2001:
Pagi tadi abe gi seremban lagi hantar mak abe dengan kak jarah ke rumah abg rosli psl dorang nak balik naik flight malam esok. Sampai seremban, abe ambik wife abe dulu then gi hantar dorang. Pas tu abe dan wife abe selesaikanlah urusan bayar-membayar segala bil. Dalam pada tu abe ajak wife abe gi maxis and angkat maxis broadband. Pas tu kitorang gi lunch kat kenny rogers kat Seremban Parade. Kitorang berdua je masa tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...