Saturday, February 1, 2014

Bertemu Semula..

Dah agak lama abe tak menulis kat sini, bukan saja menulis tapi bukak blog ni pon boleh dikatakan kadang-kadang bak kata P. Ramlee. Kalau tengok post terakhir ialah bulan Julai tahun lepas, ni dah masuk bulan 2.  Abe akui, abe memang sibuk sangat-sangat  sebelum ni terutama masa masih mengikuti npqel (dah habis bulan 12 tahun lepas) dan abe juga terpaksa jugak tumpukan perhatian pada jawatan baru abe. selagi tak settle rasanya tak selesa pulak nak menulis di sini. Okaylah, abe akan senaraikan secara ringkas apa yang telah berlaku selama 6 bulan abe lenyap di alam maya ni.

Perkara pertama ialah abe dah tukar avanza abe yang accident tu dengan CRV, cina kedai use car sanggup ambik kereta tu dengan harga RM20k. Abe lepaskan aje dengan rasa berat hati. Kereta tu masih elok fizikalnya tapi enjinnya macam dah teruk sikit. Heran juga kenapa cina tu ambik kereta tanpa tengok enjin dulu.

Kemudian pada awal januari hari tu abe dengan 4-5 kawan-kawan masa NPQEL buat gathering kecil-kecilan di rumah kak salwani di Kota Damansara dan dua minggu kemudian kami berkumpul semula di rumah abe dan seterusnya ke Melaka di kem karim. Seronok juga.

Semasa abe kemas2 rumah nak menyambut kawan-kawan dating, abe telah ditimpa kemalangan jatuh dari kerusi semasa nak bersihkan tingkap. Abe tersemban ke lantai simen dan benjol besar pada mata kanan. Hari kedua, mata kanan abe tak boleh bukak dan Lebam mula turun ke kawasan sekitar mata. Nasib baik masa tu minggu penuh dengan cuti, jadi masa abe ke sekolag minggu berikutnya benjol dah kurang cuma Lebam ketara sekitar bawah mata kanan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...