Wednesday, February 5, 2014

3 batang lagi

Semalam abe tak ada kelas langsung, so pada hari isnin abe bagitahu pengetua abe nak balik awal kira-kira jam sebelas pagi untuk gi klinik gigi pasal dah lama sangat abe merana dek dua batang gigi gearaham atas bawah sebelah kanan tapi tak ada masa nak gi klinik. Jadi semalam bila dah selesai uruskan beberapa perkara, lebih kurang jam sebelas pagi, abe pon tinggalkan sekolah terus ke klinik pergigian kuala pilah. abe sampai lebih kurang jam 12 tengahari dan nasib abe agak baik kerana orang tak ramai. Lepas daftar dan tunggu sekejap, nama abe dipanggil. Doktor yang merawat abe doctor perempuan, abe agak umur awal 30an kot. Bila dia tengok gigi abe, bukan main terkejut dia. Katanya gigi dan gusi abe teruk dan dia macam kesal abe tak buat rawatan awal-awal. Abe pun terima ajelah kata2 dia dan abe akui patut abe dah gi klinik 10 tahun lepas. Dia pun cek gigi abe, banyak jugak yang goyang, x ray sekali gigi yang terjejas akibat abe jatuh kerusi hari tu. Semalam dia buat scaling gigi abe, buang karang kat gigi. Tapi disebabkan masa dah nak lunch, dia stop dan suruh dating esok pagi. katanya esok dia akan bagi abe MC. Abe ikutlah mana yang baik. balik rumah semalam tengok gigi di cermin dah tak ada lagi karang sekitar gigi dan Nampak bersihdn putih sikit daripada sebelum tu..

Hari ni pulak jam 8 pagi abe dah sampai klinik, lepas daftar dan tunggu kejap, abe dipanggil. Doktor yang sama jugak pasal dia nak buat gigi abe sampai beres. lepas buat scaling, doctor bius abe dengan enam batang jarum dan cabut 3 batang gigi yang dah goyang sangat. Abe tak kisah, kalau doctor sanggup rawat gigi abe, abe ikut aje. Esok doctor nak ukur gigi depan abe untuk buat gigi palsu, then mungkin dalam seminggu lagi dua batang gigi depan dicabut dan terus pasang gigi palsu.

Sebelum ni kalau ada masalah gigi, abe gi klinik cheng kat kuala pilah, tapi klinik cheng ni walaupun reputasi dia baik, dia cuma cabut gigi dan buat gigi palsu, tak banyak cakap. Kalau semalam abe gi klinik cheng, dah pasti 2 batang tu melayang. Tapi abe nak nasihat dari doctor gigi tentang gigi abe, macam mana rawatan seterusnya. Abe rasa abe pergi klinik pergigian pilah ni adalah langkah yang tepat walaupun sebenarnya dah terlambat 10-15 tahun dan dapat pulak doctor gigi yang prihatin yang kerjakan gigi-gigi abe ni sungguh-sungguh. Puas hati katanya dapat buang semua karang kat gigi abe. Terima kasih doctor. Sebelum ni pon abe dengar Klinik pergigian Kuala Pilah ni adalah antara yang terbaik, ini baru berpeluang walaupun hamper tiap hari melintas depan klinik ni. InsyaAllah lepas ni abe tak akan ada masalah gigi lagi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...