Wednesday, April 11, 2012

Hospital lagi...

Sejak semalam adib masuk wad. Tapi sebenarnya dia admit hari sebelumnya, wife abe mintak balik psl tak bawa apa2 barang keperluan diri. Doktor suruh admit jugak takut wad penuh nnt. Sebenarnya kat telingan kanan adib bengkak sikit. Abe sedar masa nak gi sekolah hari khamis lepas, tak tau apa puncanya. Wife abe bawak gi klinik tapi masih bengkak. Hari Isnin dia demam pulak, wife abe bawak gi hospital columbia hari isnin, terus kena tahan wad. Tadi doktor kata esok nak buat ctscan, pastu nak buat operation. Kemungkinan ada nanah pasal kelenjar kat situ dah kena jangkitan. Mahal kosnya tapi insyaallah dapat support. Lepas ni nak ambik insuran la pulak..

So abe ada kat sini menamankan adib. Semalam kitorang bermalam di sini; wife abe temankan adib dalam wad dan abe, nurin dan baby tidur kat hotel badget berhampiran. Malam ni dah tak boleh pasal esok abe kerja. Nasib baik nurin ada, boleh dia tunggu kejap sementara kami kerja.. insyaallah tak ada apa2... moga adib cepat sembuh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...