Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semalam sambutan hari guru dan hari ni sekolah abe buat sambutan secara sederhana je.. tapi ada acara baru yang menarik iaitu pertandingan memancing kat kolam sekolah tu. Ikannya boleh tahan besar2 tapi tak terbela. Apalagi masuk je mata pancing, ikan terus menyambar. Abe pon kalau tak kerana mata pancing kecik sgt, rasanya boleh dapat ikan kalui. Mata kail sampai bengkok tak dpt menahan rontaan ikan kalui tu.

ikrar gitu..

semat bunga

telefon rosak

pasang umpan..

cuba nasib..

belasah je..

potong..

Hari guru tahun ni agak kecoh sikit pasal sebelum sambutan hari guru pada hari ahad, semua sekolah kena buat gotong royong pada hari sabtu. Hangin la cikgu, patut guru diraikan, ini kena buat gotong royong, hari sabtu pulak tu. Sekolah abe tak buat pon tapi rasanya tangguh ke rabu minggu terakhir sebelom cuti. Okay jugaklah, psl rumah abe pon perlu digotongroyongkan jugak. So, hari sabtu hari tu, abe angkat mesin rumput dan tebas rumput2 kat halaman yg dah paras pinggang. Rumput kat belakang abe biar dulu, tak larat.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...