Thursday, June 23, 2016

Trip to Surabaya

Trip ke Surabaya ni boleh dikatakan dah lama kami group npqel rancang. Daripada hampir 20 orang yang nak ikut, last-last tinggal 10 orang sahaja. Masing-masing bawak badan kecuali abe bawa sekali wife dan anak abe amni dan adib. Trip ni sebenarnya dah berlalu iaitu pada 28 Mei hingga 31 Mei lepas. Keseluruhan trip ni diuruskan oleh salah seorang ahli group iaitu Raja Azhar yang dah biasa menguruskan trip ke Surabaya. Trip ni lebih kepada trip reunion kami graduan npqel ambilan 2/2013. Banyak jugak tempat menarik yang dikunjungi sepanjang 4 hari di sana antaranya Gunung Bromo (abe tak ikut, penat, gayat, takut, moody), Kompleks Makam Wali Songo iaitu Sunan Ampel, Ladang Apel dan satu Masjid yang dikatakan di bina oleh jin, siap satu malam dan yang paling menarik membuat lawatan penanda aras di sebuah sekolah di sana iaitu SMA Negeri Malang 5. Abe dan kawan2 cukup kagum dengan prasarana dan sistem persekolahan di situ, rasa Malaysia jauh ketinggalan berbanding mereka. Nak cerita panjang pun tak tahu, tapi tengoklah gambar2 yang akan abe upload tak tahu bila nanti...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...