Wednesday, May 28, 2014

npqel lagi...

Assalamualaikum. agak alama juga abe tak update blog ni. Bukan tak nak tapi terlampau sibuk dengan tugas di sekolah. Selesai satu tugas, tugas lain pulak menyusul yang memerlukan tumpuan lebih. Rasa bersalah pulak kalau menulis kat blog sedangkan banyak kerja tak selesai. Ini pun nasib baik cuti sekolah, bolehlah tinggal sekejap tapi bukan bermakna tak ada kerja. banyak juga peristiwa yang berlaku sepanjang lebih 3 bulan abe tak menulis kat blog ni, tapi untuk kali ni abe nak focus kepada perkembangan NPQEL yang abe ambik tahun lepas.

Seperti yang dijanjikan, majlis komensmen NPQEL ambilan 1 & 2 tahun 2013 telah berlangsung pada 3 Mei yang lalu dan sehari sebelum tu telah diadakan rehearsal untuk majlis tersebut di Hotel Klana Resort, Seremban. Masa tu, kami ambik peluang untuk buat reunion tapi tak semua dapat hadir. Reunion ni abe adakan di rumah abe di seremban ni, tak jauh dari hotel tu. Masing-masing bawak juadah dari rumah, abe tak mampu dari segi tenaga dan masa nak menyediakan juadah cuma abe tempeh mee goring aje untuk 20 orang makan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan yang sama2 di IAB dulu. Tetapi sebelum tu, iklan untuk pengisian jawatan pengetua dan guru besar keluar. Abe mulanya tak sempat nak layan iklan tu pasal sibuk dengan persediaan untuk lawatan nazir ke sekolah selama seminggu. Bila dah selesai lawatan nazir, barulah abe bukak iklan tu. Rupanya dia nak laporan perubatan. Semua klinik yang ada kat pilah ni abe gi nak nuat mc tapi semuanya makan masa 2-3 hari jugak, sedangkan due tak berapa hari lagi. Akirnya abe give-up kerana tak dapat nak buat MC tetapi entah macam mana, karim, kawan yg sama ambik npqel suruh abe dating ke Melaka untuk buat mc pasal dia buat tak sampai satu hari. Petang tu abe terus pecut kereta pergi ke merlimau dan sebaik sahaja selepas maghrib, mC abe selesai. Dan minggu lepas, abe dapat surat panggilan untuk taklimat bagi hadiri temuduga pada minggu depan. Bukan abe teruja sangat nak jadi pengetua tapi saja uji diri sendiri. Tadi gambar masa majlis komensmen pun dah sampai..apa lagi lepas ni....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...