Tuesday, November 20, 2012

UPSR Adib

the best... 2B, 2C, 1D
Semalam result UPSR keluar, abe dan wife macam parents yang lain pun turut rasa debarannya tapi abe taklah mengaharapkan keputusan yang superb. kebetulan meeting SPM pun ketua bagi balik awal pasal semua nak ambik result anak. sebelum balik abe rush ke bahau nak ambik geran kereta spectra dan lepas tu cepat2 balik, tapi bila sampai result belum ada, masih di seremban. abe pun rush pulak ke pilah nak isi perut pasal belum makan apa2 pun lagi. Lepas tu rush balik ke sekolah pun belum ada result lagi. Bila dapat call dr wife abe yang result dah ada, abe pergi lah tengok. tak lama guru kelas datang bagi slip dan alhamdulillah adib dapat 2B, 2C dan 1D. B untuk sains dan matematik, C untuk kedua2 bahasa melayu dan C untuk bahasa inggeris. Syukur sangat walaupun taklah dapat result seperb mcm yang lain. Itu dah cukup bagus yang terbaik dari adib. sesiapa yang tahu adib pun akan rasa kagum dengan pencapaian dia ni. Dua orang sepupu adib iaitu edil dan sya dapat 5A, tak kisahlah, abe dan wife tak rasa rendah diri pun, malah kagum dengan adib. Abe pun tak simpan cita2 nak adib gi mana2 sekolah asrama cukup di senaling aje dan kalau ada rezeki, insyaallah abe nak bertugas di sekolah dimana dia belajar, insyaallah..


Tuesday, November 13, 2012

Rumah baru

hari sabtu lepas abe gi seremban untuk ambik kunci rumah. Suka sangat pasal abe ingat cuti sekolah ni bolehlah duduk situ sekejap. Masa ambik kunci tu, abe dapatlah cek bayaran lebihan loan sebanyak lebih kurang rm11k, duit ni nanti bolehlah beli apa yang patut untuk lengkapkan rumah tu. dah selesai urusan lain, abe singgah kejap rumah tu tapi agak dukacita jugak pasal banyak lagi kekurangan macam air belum ada walaupun meter air dah pasang, kepala paip, sinki pun belum ada. Kata satu indon yang kebetulan ada situ, belum pasang lagi takut kena curi. Abe pun tak boleh nak buat apa-apa. Semalam pun abe pegi lagi kira point lampu dan kipas, wife abe pun ukur tingkap nak pasang langsir. tak tahulah cuti ni boleh duduk ke tidak, dapat singgah bermalam pun jadilah..

Saturday, November 10, 2012

minggu penuh kejutan

minggu akhir persekolahan ni memang banyak kejutan buat abe. bermula isnin sampailah khamis lepas, macam- macam peristiwa bermakna berlaku pada abe. hari isnin lepas masa mesyuarat memeriksa pmr, abe dapat call dari jpns tanya abe sama ada abe isi online mohon npqel, jadi dia tanya bila nak hantar borang. abe cakap dah hantar jumaat lepas. tak lama dia call semula borang tu dah ada. call dari jpns ni abe tulis kat status di fb yang jadi kecoh di kalangan kwn2 abe konon2 abe naik pangkat. sorilah buat kawan2 bikin gempak.. lepas tu hari selasa tu abe tengok dalam slip gaji, potongan gaji loan peribadi dah x ada dan bsn pun dah kreditkan lebihan potongan bulan lepas. masa tengok akaun bsn abe, jumlah gaji dalam 10k, terkejut mawas abe dibuatnya... tapi tu campur gaji last month yg belum berusik... hehehe.. kemudian hari rabu abe dapat surat dari perbendaharaan bagitahu yang gaji abe akan dipotong pada bulan depan untuk bayaran loan rumah. naik heran jugak abe pasal kunci rumah belum dapat tapi gaji dah nak dipotong. tapi esoknya hari khamis abe dapat surat dari summer harvest suruh pegi ambik kunci dalam masa dua minggu.. apalagi terus call wife abe dan terus rancang ambik kunci hari ni walaupun kerja bertimbun, tapi tak apa, excited dengan rumah baru punya pasal.. hari jumaat pulak, bila sampai rumah, nampak garaj kereta dah dipasang dengan grill. abe dah suuruh cina pasang sebelum raya qurban lagi pasal nak letak civic dalam tu. kenalah pagar takut ayam dengan kucing melepak jadi calar dibuatnya. civic abe tu tak adalah tidur luar lagi, berpanas, berhujan dan berembun...

Friday, November 2, 2012

Muslihat abang beca di Banda Hilir, Melaka

Tentu anda pernah nampak beca-beca yang berhias indah kalau berkunjung ke Banda Hilir, Melaka. Saya pasti sebahagian daripada kita pernah naik beca itu sambil berkeliling Bandar Hilir dan saya percaya juga sebahagian besar daripada kita tak pernah dan tak mahu naik beca itu kerana lebih suka bersiar-siar sambil berjalan kaki. Bagi mereka yang sedia maklum, bayaran untuk menyewa beca-beca itu selama sejam ialah RM40.00. Mahal? Terpulang pada anda, tetapi saya percaya sesiapa sahaja yang tahu bayaran sebanyak itu tidak akan sudi untuk menyewa beca itu untuk bersiar-siar. Tetapi bagaimana abang-abang beca ni sampai sekarang boleh bertahan dan abang-abang beca ni pulak masih muda belia lagi? Untuk pengetahuan anda mereka ada ‘modus operandi’ tersendiri sehingga mereka mampu memperolehi pendapatan RM400-RM500 sehari. Abang-abang beca ni tahu jika mereka beritahu anda bayaran sewa selama sejam RM40.00, anda tidak akan sudi menyewa beca mereka. Caranya ialah mereka akan mengatakan untuk sekali pusing keliling bayarannya ialah RM15.00. Murah bukan? Anda pun bersetuju tambahan pulak anak2 merengek-rengek nak naik beca (dah boring agaknya naik MPV anda yang mahal tu). Tidak berapa lama beca dikayuh, anda dicadangkan oleh abang beca ni untuk bergambar dekat bangunan-bangunan merah dan membeli cenderamata di tepi-tepi bangunan kerana mereka sanggup menunggu anda. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Museum Samudera (replika kapal Portugis). Anda dicadangkan oleh abang beca untuk melawat museum itu berserta dengan museum khazanah laut dan museum TLDM. Abang-abang beca ni sanggup tunggu anda. Selepas melawat museum-museum itu, abang beca ni cadangkan pula supaya anda naik bot menyusuri Sungai Melaka, mereka sanggup tunggu. Selepas itu, mereka cadangkan kepada anda supaya merasa masakan asam pedas di restoran yang menjadi tumpuan ramai. Mereka sanggup tunggu. Dalam pada tu, timbul pulak rasa kesian anda kat abang-abang beca ni, baiknya hati mereka bawa anda ke sana-sini dan sanggup pula tunggu anda dengan bayaran RM15.00. Tak apalah, kata anda, nanti sampaikan aku bagi lebih sikit. Kesian kat dorang. Bila dah sampai ke depan hotel anda, anda pon hulurlah RM20 atau RM30. Dorang tak nak terima wang anda tu, kenapa? Banyak sangat ke? Atau mereka tak dibenarkan ambik tips?? Bukan, tapi masalahnya anda dah menggunakan perkhidmatan mereka selama 3 atau 4 jam. Habis berapa?? Anda kiralah sendiri 3 jam kali RM40. Papan notis berkenaan bayaran menyewa beca RM40 sejam ada diletakkan di hadapan hotel equatorial tapi saya percaya tiada siapa yang perasan. Orang tempatan mungkin sudah tahu, tapi bagaimana bagi pelancong terutama yang baru berkunjung. Saya percaya sudah ramai pelancong yang dah ‘terkena dengan muslihat abang-abang beca ni, jadi berhati-hatilah. Pada pendapat saya, kita tak perlu menyewa beca-beca ni kerana tempat-tempat menarik di Banda Hilir ni berdekatan antara satu sama lain. Bagi saya mereka ni tak jujur, sepatutnya pelanggan perlu diberitahu dulu supaya mereka tidak berasa tertipu. Mana taknya dari RM15 tambangnya naik berganda2. kalau anda ada duit, kalau masa tu tak ada cash, berjam-jamlah bertekak jawabnya, kata seorang kawan saya….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...