Friday, November 2, 2012

Muslihat abang beca di Banda Hilir, Melaka

Tentu anda pernah nampak beca-beca yang berhias indah kalau berkunjung ke Banda Hilir, Melaka. Saya pasti sebahagian daripada kita pernah naik beca itu sambil berkeliling Bandar Hilir dan saya percaya juga sebahagian besar daripada kita tak pernah dan tak mahu naik beca itu kerana lebih suka bersiar-siar sambil berjalan kaki. Bagi mereka yang sedia maklum, bayaran untuk menyewa beca-beca itu selama sejam ialah RM40.00. Mahal? Terpulang pada anda, tetapi saya percaya sesiapa sahaja yang tahu bayaran sebanyak itu tidak akan sudi untuk menyewa beca itu untuk bersiar-siar. Tetapi bagaimana abang-abang beca ni sampai sekarang boleh bertahan dan abang-abang beca ni pulak masih muda belia lagi? Untuk pengetahuan anda mereka ada ‘modus operandi’ tersendiri sehingga mereka mampu memperolehi pendapatan RM400-RM500 sehari. Abang-abang beca ni tahu jika mereka beritahu anda bayaran sewa selama sejam RM40.00, anda tidak akan sudi menyewa beca mereka. Caranya ialah mereka akan mengatakan untuk sekali pusing keliling bayarannya ialah RM15.00. Murah bukan? Anda pun bersetuju tambahan pulak anak2 merengek-rengek nak naik beca (dah boring agaknya naik MPV anda yang mahal tu). Tidak berapa lama beca dikayuh, anda dicadangkan oleh abang beca ni untuk bergambar dekat bangunan-bangunan merah dan membeli cenderamata di tepi-tepi bangunan kerana mereka sanggup menunggu anda. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Museum Samudera (replika kapal Portugis). Anda dicadangkan oleh abang beca untuk melawat museum itu berserta dengan museum khazanah laut dan museum TLDM. Abang-abang beca ni sanggup tunggu anda. Selepas melawat museum-museum itu, abang beca ni cadangkan pula supaya anda naik bot menyusuri Sungai Melaka, mereka sanggup tunggu. Selepas itu, mereka cadangkan kepada anda supaya merasa masakan asam pedas di restoran yang menjadi tumpuan ramai. Mereka sanggup tunggu. Dalam pada tu, timbul pulak rasa kesian anda kat abang-abang beca ni, baiknya hati mereka bawa anda ke sana-sini dan sanggup pula tunggu anda dengan bayaran RM15.00. Tak apalah, kata anda, nanti sampaikan aku bagi lebih sikit. Kesian kat dorang. Bila dah sampai ke depan hotel anda, anda pon hulurlah RM20 atau RM30. Dorang tak nak terima wang anda tu, kenapa? Banyak sangat ke? Atau mereka tak dibenarkan ambik tips?? Bukan, tapi masalahnya anda dah menggunakan perkhidmatan mereka selama 3 atau 4 jam. Habis berapa?? Anda kiralah sendiri 3 jam kali RM40. Papan notis berkenaan bayaran menyewa beca RM40 sejam ada diletakkan di hadapan hotel equatorial tapi saya percaya tiada siapa yang perasan. Orang tempatan mungkin sudah tahu, tapi bagaimana bagi pelancong terutama yang baru berkunjung. Saya percaya sudah ramai pelancong yang dah ‘terkena dengan muslihat abang-abang beca ni, jadi berhati-hatilah. Pada pendapat saya, kita tak perlu menyewa beca-beca ni kerana tempat-tempat menarik di Banda Hilir ni berdekatan antara satu sama lain. Bagi saya mereka ni tak jujur, sepatutnya pelanggan perlu diberitahu dulu supaya mereka tidak berasa tertipu. Mana taknya dari RM15 tambangnya naik berganda2. kalau anda ada duit, kalau masa tu tak ada cash, berjam-jamlah bertekak jawabnya, kata seorang kawan saya….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...