Thursday, December 13, 2012

Abe@Kelate

Alhamdulillah, setelah merentasi jarak perjalaman lebih kurang 500km, akhirnya abe selamat sampai di tanah serendah sekebun bunga, tanah tumpahnya darahku, kelate. kali ini abe rasa lebih cepat sampai walaupun bertolak lebih kurang jam sebelas pagi, abe sampai di wcy jam 7.30 ptg semalam. Tapi yang peliknya elok saja kami sampai sini, sebelum ni dikatakan tak ada hujan, malam tadi hujan turun mencurah. sekrang ni pun tengah hujan. Nampak gayanya tak dapatlah nak keluar shopping kat Pasar Borong Wakaf Che Yeh malam ni. 

Tadi sedang shopping kat Tesco Kota Bharu, abe dapat call dari Mahmud yang nak pasang tiles rumah abe di Seremban. Dia suruh datang tengok tiles yang kami pilih itu hari. memandangkan abe dan wife ada di Kelate, abe suruh dia terus pasang ajalah, nak tunggu kami balik Ahad ni lamalah pulak. Mahmud ambik kontrak pasang tiles tu dalah RM32k, plus itu, plus ini adalah dalam RM33k kot. Rasanya tak dapat abe nak pegi tengok dia pasang tiles tu dalam seminggu dua ni pasal yang pertamanya abe ada di kelate ni dan keduanya sebaik saja balik dari kelate abe kena sambung mesyuarat SPM sampai khamis. yang dia pulak kata boleh siapkan pasang tiles keseluruhan rumah dalam masa 2 minggu saja. Abe nak tengok dia pasang tiles, proses tu...seronok. Dalam masa yang sama result PMR pun akan diumumkan pada 19/12 kata orang. Abe ingat nak mintak excuse dari boss pada hari tu supaya dapat gi putrajaya tengok result PMR Nurin. 

Antara misi abe balik kelate kali ni ialah abe ingat nak belikan mak abe sebuah tv memandangkan masa balik raya haji ituhari tv macam dah rosak, tapi tak sempat nak beli masa tu memandangkan abe balik sekejap sangat dan banyak kedai tutup termasuk Tesco. Abe jugak berhajat nak masukkan astro kat rumah ni, memandangkan reception tv agak tidak memuaskan. Tetapi bila abe sampai semalam, abe tengok tv lama tu dah diganti dengan tv baru (selamat duit abe....haishh..), so tengah hari tadi masa kat tesco, abe isi borang untuk langgan astro pakej asas dan installer akan datang pasang dalam seminggu dua ni. 

yalahai..pihak astro baru call untuk confirmation.... ada ka dia binti kan aku??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...