Monday, September 17, 2012

Now or Never..

Dalam tak sedar, hari raya dah sebulan berlalu, bakal haji pun dah mula berangkat ke tanah suci. Adib pun dah selesai ambik UPSR minggu lepas. Harap Adib dapat keputusan yang baik dan memuaskan.


Hari sabtu lepas abe gi seremban bawak family window shopping dan singgah kat kedai honda di Senawang. Saja nak tengok model honda lagipun rasa dah tiba masa nak tukar pasal dah lama tak tukar2 ni. Wife abe berkenan pada accord tapi abe kurang suka pasal besar sangat, abe suka pada city paling tak pun civic. Lepas dengar penerangan dari jurujual tu,rasa2nya kami afford jugak la dengan accord atau civic. kemuadian tanya jurujual tu untuk trade in spectra abe tu yang tinggal setahun lagi untuk settle loan. honda sanggup ambik dalam 12-13k sahaja sedangkan balance loan abe kat spectra tu pun dalam jumlah tu jugak. Abe pun rasa serba salah jugak nak trade in pasal sebelum ni abe ingat nak simpan kereta tu dan pakai sampai bila2. Abe rasa tak boleh tunggu lama nak let go spectra ni pasal makin lama, harganya makin merosot. Itu yang abe pening kepala sama ada nak simpan atau lepaskan saja. situasi ni abe ingat lagi masa mula2 nak ambik spectra ni. masa tu dia tangah promosi dengan tagnya 'now or never' @ 'inilah masanya'. Tapi bila tanya pendapat kawan2, ramai yang syorkan lepaskan saja spectra tu sementara harganya masih ada. lagipun sepanjang memiliki spectra ni, mcm2 masalah abe hadapi, rosak yg teruk2 tak pernah la, calar2 dan geser tu biasalah. So abe ambil keputusan untuk let go sahaja kereta tu.

ni gambar masa mula2 ambik 6 tahun lepas..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...