Thursday, August 2, 2012

Ragam pelajar dengan handphone.

tentu kita dah tahu bahawa mulai tahun depan pelajar2 sekolah akan dibenarkan membawa handphone dan benda2 yang sewaktu dengannya. bagi abe benda ni ada baik dan buruknya. bagi pelajar tentu mereka bersorak sakan manakala bagi cikgu2 pula ramai yang mengeluh. Bagi pelajar ada yang dah tak sabar2 lagi nak bersekolah pada tahun depan manakala cikgu2 pulak tengah pening kepala merancang strategi macam mana nak menangani apa yang mereka anggap masalah ni.

Walau bagaimanapun itu cerita tahun depan, tak dilaksanakan pun lagi. tapi pada masa sekarang, pelajar masih lagi dilarang bawa handphone. jadi macam-macam cara pelajar lakukan supaya para guru tak dapat kesan seterusnya tak merampas hp yang mereka bawa tu. Di sekolah abe, pelajar perempuan mempunyai cara yang unik untuk membawa hp tanpa dikesan guru. Salah satunya ialah dengan meletakkan hp dalam bra. Hp ni dipasang string dan dipakaikan di leher dan di sambung dengan ear piece. Memang sekali pandang tak nampak kerana semua pelajar perempuan bertudung. Mulanya cikgu2 tak dapat kesan dan naik hairan mana pelajar simpan hp ni tapi ada yang nampak mereka pegang hp selepas waktu sekolah. Trick ni pelajar juga yang pecahkan rahsia. apabila diraba, barulah dapat tangkap.

Tapi kejadian pagi tadi memang kita tak duga pelajar perempuan sorok kat mana dia punya handphone. Sorang pelajar perempuan ni disyaki membawa handphone tapi tak dapat dikesan walaupun dah diraba. Maklumat yang diperolehi daripada pelajar lain ialah dia meyorokkan handphone dengan meletakkan dicelah kelangkang dalam seluar dalam. kedudukannya betul2 macam pakai pad. Cikgu yang bertugas minta pelajar tu serahkan hp tu dengan cara yang baik, tapi mati2 pelajar ni tak mengaku dia bawa hp dan mencabar cikgu supaya memeriksa badannya. Dia ingatkan cikgu tak sampai nak periksa ke situ. Tetapi ada sorang cikgu yang sanggup. Bila sentuh sahaja bahagian buntutnya, terasa benda keras. pelajar ni terus mengaku. Apalagi ckigu2 tadi terus mengamuk suruh keluarkan hp tu kat situ juga. Pelajar ni minta keluarkan di bilik air, tapi mereka tak benakan kerana tadi dah bagi peluang. Nak tak nak, pelajar ni keluarkan juga hp tu kat dalam bilik guru. Tapi cikgu2 tak sentuh hp dia, terus masuk dalam plastik dan serahkan kepada HEM.... hehehhe,...

Tu dia bahana handphone. benda kecil tapi boleh bawa musibah besar kalau tak dihandle dengan bijaksana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...