Wednesday, May 9, 2012

Budak-budak punya hal...

Semalam terjadi dua peristiwa yang memang mencabar kesabaran abe; pertama abe dengar ada budak merokok dengan selambanya di kantin, lepas tu ada pulak 4-5 orang budak keluar sekolah dengan motor dengan selambanya selepas waktu rehat. dua perkara ni memang mengganggu otak abe. Sampai sedar dari tidur pagi tadi pun abe masih memikirkannya. dalam ahti abe bertekad nak ambil tindakan terhadap budak2 ni. Abe nak lempang, ambik kunci motor dan rotan. Itu kalau tak ada cikgu lain ambil tindakan. Pagi tadi lepas selesai perhimpunan, tak ada cikgu2 yang panggil budak2 ni, so abe panggil la, tapi tak ada yang keluar ke depan. So, abe pegi pelempang budak2 yang dah di kenal pasti. Abe mintak kunci motor, tapi sorang saja yang bawak motor. Abe ingat tak nak tanya apa2 dah, terus rotan aje, tapi dalam nak merotan tu bersoal-jawab, marah abe pun kendur (kesian pun ada), pandai budak2 ni mengayat. dapat rotan seorang saja dan yang lain abe bagi amaran. Cikgu2 yang brutal kat sekolah abe ni dah tak ada, tu yang budak2 naik mua, nak menguji cikgu, sikit2 boleh la, tapi ni dah melampau, buat macam sekolah tak ada undang2. Yang merokok tu abe nampak dia macam cakap benar dan abe buat kesimpulan budak yang tgk dia merokok tu mungkin salah pandang kot, tapi tak apa, amaran, dengar lagi abe sebat betul2... hehehehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...