Wednesday, November 19, 2008

DG48

Wah dah lama jugak aku tak bukak blog nih. Sibuk la ujung2 tahun nih. Lagi pon itu hari wife aku bawak modem broadband ni gi kursus PTK seminggu ari tu kat JB. Selama tu jugak aku tak online ke apa. Nak pakai dialup TMnet?? buang masa dan buang tenaga je...

Walau bagaimanapun dia dah balik dah santu lepas, tapi aku still lagi x sempat nak bukak blog nih, cuma online n gi surf website yang berkaitan. So ari ni rasanya sume dah settle....buleh la menambah ke apa dalam blog nih...

Hari tu tanpa disangka aku dapat surat tawaran memangku jawatan pensyarah DG48 di IAB. terkejut jugak...hujan tak ribut tak tetiba dapat tawaran....tapi kena gi temuduga dulu la...tu yang aku havoc sibuk giler nak ngurus tu ini....DG48 beb...bukan senang tu...so aku pegi la cuba nasib...tapi aku rasa aku x dapat la...pasal mb nasib aku tak baik then mb juga aku silap langkah. Silap langkah cos aku tunggu sume org lain daftar dulu, si aku yg paling last la ari tu, n mb juga silap langkah aku g daftar kat yg test dulu bukan yg kat interview dulu...nasib tak baik psl, fail aku yg mulanya kat bilik temuduga yg penemuduganya sempoi, dipindahkan ke bilik yg penemuduganya straigh(?). Teruk aku kena bantai...dah la last...penat je aku tunggu sampai petang....tapi aku yakin ada hikmah disebaliknya....ini aku sedar tak lama lepas tu dlm perjalanan pulang.

Kemudian bab DG48 ni x abis kat situ, 2/3 ari lepas aku dpt tau pulak tawaran memangku guru akademik DG48 untuk ngajar tingkatan 6 sedang berjalan. semalam aku cek kat internet, tapi tarikh tutup memohon 31 Oktober lepas, tapi sorang cg sekolah aku baru hantar borang jumaat lepas. Aku fikir 2/3 kali baik aku isi borang n mohon jugak la walau pun dah tamat tempoh. Download borang dr internet then terus isi. pagi nih gi sekolah nan tt pengetua, tapi dia x de. usahkan pengetua kak mis pon tak de...so pospone la hantar jumaat ni. ingat kalau settle ari ni nak terus antar JPNS je ari nih. Dapat tak dapat lain cerita, janji mohon dulu. Peluang ni datangnya x selalu. So, grab this opputonity, jgn sampai terlepas. Tapi aku terkilan jugaklah pasal apa surat siaran ni tak dihebahkan kat cg2, dah 2 minggu baru aku tahu...geram ada, frust pon ada...
Tadi pagi kwn masa master dulu call twrkan jd pemeriksa BM1, tak sempat nak fikir panjang, setuju aje walaupon ckp ari tu dah tak nak....tapi tanya wife dulu, dia pon x kisah....oklah, byk masa cuti nih...ingat nak buat kerja2 mengemas rumah n pertukangan, tp duit kering...modalnya nggak ada...boleh lah. Ist mesyuarat sabtu ni di PKG Rembau.
Ingat ari nih nak cabut gigi depan nih....so tunda selasa depanlah. Nanti apa pulak roman kalau g mesy tu pagar depan dah rongak, ye tak??
Balik sekolah tadi nak servis aircond kereta, tapi bengkel cakap ok lagi aircond avanza, so pospon la....semalan gi servis aircond spectra, habis RM250, tukar tabung n air filter. tah kena sembelih kat cina tu tak tau la.. Esok ingat nak pasang tinted kat windshield spectra kat tempat servis aircond semalam, Cina tu kata RM120 je...oklah tu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...