Monday, December 1, 2025

alam baru, alam persaraan.

 Assalamualaikum 

Dag lama sangat2 tak menulis di ruangan ini. Alhamdulillah saya dah bersara pada 1 April lepas, iaitu dah 8 bulan dah. Sekolah terakhir ialah SMK Jelai Kuala Pilah, sebelum tu saya dilanti sebagai pengetua di SMK Alam Beraja Palong 11 pada Mei 2020 (musim covid 19) dan pada Mac 2021 saya ditugaskan ke SMK Jelai, dekat sikit dari rumah, iaitu kira-kira 13km.

Sememangnya saya dah merancang untuk bersara pada umur 55 tahun (bersara pilihan) walaupun option bersara saya ialah pada umur 60 tahun (5 tahun lagi). Saya rasa cukuplah perkhidmatan 30 tahun dan saya nak gunakan masa lepas bersara ni untuk berehat dan lakukan apa yang saya suka dan nak saya lakukan. Buat masa ni saya tak ada buat kerja sampingan kerana saya nak berehat dan lakukan apa yang saya suka dan saya nak buat. Saya pun tak join mana2 persatuan atau kegiatan pasal saya nak bebas buat hal sendiri. Setakat ni saya banyak kali juga ikut wife saya outstation, seronok juga sambil jalan2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...