السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Petang tadi gi ziarah org kampung meninggal. Abe pon rasanya tak pernah jumpa orangnya. Dorang pon cakap tak dengar pon si mati ni sakit. Masa aku sampai tu pulak kebetulan van jenazah pon sampai, tak de lah tunggu lama. Aku ingat nak baca yassin ke apa, tapi kat dalam rumah, penuh ngan org pompuan, so longgok kat luar jela. Lepas tu aku gi pulak kubur, tunggu jenazah kat sana, lama jugak menunggu, pukul 6.30 pm baru jenazah tiba. Lepas dorang masukkan jenazah dalam liang lahad aku pon cabutlah psl wife aku ajak gi pasar malam.
Masa kat kubur tadi, aku tinjau2 jugak kubur2 kat situ. Rupa2nya banyak jugalah kubur2 yang wujud sepanjang aku menetap kat sini. Ada beberapa buah kubur je yang abe ingat aku dtg tgk masa kebumi. Maksudnya aku dah miss byk majlis pengkebumian...huhuhu..
Masa abe dok menunggu jenazah tiba kat kubur tadi, abe menyelitlah dekat orang tengah berborak2 kat tepi lubang kubur tu. Yang jadi tumpuan kat situ ialah orang kampung abe yang buat kerja kampong. Abe tak pernah berborak dengan dia. tadi abe dapatlah dengar dia berborak. Abe tak join, abe tadah telinga je dengar. Tak sangka jugak, selama ni abe ingat dia jenis tak banyak cakap, sekali dia cakap, banyak jugak cakap2 dia yang boleh dipakai, antaranya:
# kalau kita nakkan sesuatu, kita usahalah ke arah tu.
# kalau kita sendiri yang susah, macam mana kita nak tolong orang susah
# barang tak laku kerana tak dijual, kenalah usaha jualkan
# kita berniaga nakkan untung, bukan nak buat kebajikan
# bersusah dulu, baru senang kemudian
# orang baik tulah yang sebenar2 jahat dan orang jahat tulah yang sebenar2 baik
(yg ni abe tak paham, agaknya dia maksudkan orang jahat tu berpura2 baik,tapi org jahat
tu tak hipokrit)
# orang baik tulah yang sebenar2 jahat dan orang jahat tulah yang sebenar2 baik
(yg ni abe tak paham, agaknya dia maksudkan orang jahat tu berpura2 baik,tapi org jahat
tu tak hipokrit)
Kemudian dia ada cerita pengalaman dia bukak kebun. Macam dia tanam pokok durian belanda. Dia minta tunjuk ajar dari jabatan pertanian, jabatan pertanian jawab dorang tak buat research lagi durian belanda nih. tapi dia tanam jugak. Bila dah hidup subur, orang jabatan datang nak bagi tunjuk ajar. Dia kata kat orang jabatan tu: "saya tak ada masa. kalau tuan2 bekalkan benih, baja, saya boleh luangkan masa. Tapi ni tuan2 tak buat apa2. Mintak maaf." Betul jugak kata dia tu. Abe terpegun jugak dengar ckp2 dia, tapi bukan semua la, mana yg boleh pakai la.. hehehe..
abe: rambut sama hitam, hati lain2..
No comments:
Post a Comment