السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Abe ada sorang student nih, namanya izwan. Sebenarnya abe ajar dia sejak tahun lepas lagi. Dia ni walaupon dah tingkatan 5, tapi belom dapat membaca lagi. Dia kenal huruf tapi tak dapat nak membunyikan sukukata. Dia ni kalau bab menyalin memang terer, tapi abe rasa sepatah pon dia tak tahu ape yg dia salin. Abe kesian jugak dengan dia. Masa dia tingkatan 4 dulu, abe ada juga tolong2 dia membaca kalau ada masa lapang selepas P&P. Iyelah, tak dapatlah abe nak tengokkan dia sepanjang masa. Semalam abe buat latihan cakap ajuk dan cakap pindah, dia menyalin mcm biasa, tapi bila time nak tukar ke cakap pindah, dia stop tak dapat buat psl dia tak faham. Mmg la tajuk ni susah jugak. Budak yg tahu membaca pon susah jugak nak faham, nikan pulak dia yang tak tahu membaca.
Bila abe tgk dia terkebil2, abe pon pegi tempat dia dan cuba nak tolong dia. Dia cakap dia tak faham. Abe terangkan lagi, tapi abe nampak dia mcm blur je. Terus abe soh dia tulis apa yang abe cakap, pon satu lagi masalah. Dia tak dapat tulis. Bila abe cakap sepatah, dia mcm ragu2 nak tulis. kalau abe cakap perkataan 'berkata', dia siap tanya abe, "b-e be cikgukan?". Cuba bayangkan setiap suku kata dia akan minta kepastian kita sebelum tulis. Abe dah bagi jawapan soh dia salin. Kalau itu tak dapat nak salin, macam mana abe nak ajar dia tukar cakap ajuk kepada cakap pindah. Abe pon rasa fedup jugak. Last2 terstop kat situ jugak.
Sebenarnya tahun lepas, izwan ni tahap bacaan dia sama aje dengan anak abe yang masa tu darjah 3, baca merangkak2. Tapi anak abe adib tu sekarang adalah improve sikit, dah boleh bunyikan perkataan, dan dah boleh menulis walaupon ada satu dua perkataan yang dia salah eja. Tapi si izwan ni abe rasa tak ada improve rasanya lebih teruk dari tahun lepas. Nak eja suku kata pon teragak2. Abe rasa tak adil kalau abe biarkan dia dan tak adil jugak kalau abe asyik tumpukan perhatian pada dia. Abe rasa dia perlu iniasiatif dia sendiri. Abe byk kali suruh dia cuba2 baca buku2 kalau kat rumah. Dia kata ada baca, tapi baca tajuk buku je. Abe tanya tak ada ke kakak ke mak ke tolong dia baca, dia kata ada sikit2. Abe rasa dia terlalu bergantung pada orang tanpa berusaha sendiri. Abe rasa jugak dia kena gi kelas pemulihan, belajar membaca balik. Kalau dia terus di kelas tu, dia tak dapat apa, rugi masa dia dan rugi jugak masa cikgu2 yang mengajar dia. Masa kat form 4 dulu, dia kata dia tak nak masuk kelas pemulihan, malu katanya. Tapi kalau dah mcm tu, macam mana pulak, takkan cikgu nak tgk dia aje, budak2 lain camana. Dia tak dapat buat sendiri, perlukan bimbingan sepenuhnya yang cikgu2 tak dapat nak berikan kepada semua pelajar kalau dah ada di tingkatan 5. Walau apa pun abe ucapkan izwan terus berusaha dan berjaya.
abe: kena sabar lebih la sikit...
No comments:
Post a Comment