السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Abe kat sekolah tadi banyak jugak masa masuk kelas. Hari jumaat lagilah masa singkat. Tak kisahlah minggu depan pakai jadual baru, hari jumaat abe ada kelas sebelum rehat. Lepas perhimpunan pagi tadi, 1st boss abg adakan taklimat utk guru2. Ada beberapa perkaralah yang dia sampaikan sebagai peringatan utk cikgu2:
Pertama sekali dia pesan cikgu2 supaya rajin2 lah tegur kelakuan tak senonoh budak2 takut kalau dibiarkan nanti melarat2. Kemudian dia tegur cikgu2 yang makan kat luar supaya makan kat kantin. Pastu dia juga ada beri ingatan ttg pakaian guru2. Dia jugak tegur psl bilangan guru kat bilik guru yang semakin kurang kerana berada di tempat lain. Kalau ngajar tu jgn dok duduk kena berdiri
Pada abe, semua yang dia tegur tu ada kaitan dengan abe terutama pasal makan kat luar dan cikgu2 kat staff room tu. Abe ngan kawan2 abe adalah makan kat warung bawah tu sekali-sekala, bukannya selalu. Tu pon pasal dah muak sangat dengan menu kat kantin. Menunya ialah mee goreng, kueteow goreng dan nasik goreng. Itulah yang kitorang hadap tiap2 hari. rasanya tak salah kalau sekali-sekala kitorang ubah selera makan kat bawah. Lepas tu psl guru yang semakin kurang kat bilik guru tu memang kena tepat kat batang hidung abe. Dari tahun lepas lagi abe dah bukak meja kat bilik disiplin psl abe dah boring kat bilik guru. Abe ngan cg ali yg gi bukak meja kat situ. tapi abe rasa bukan pasal abe yang menyebabkan bilik guru nampak mcm dah tak ada guru, memang dah mcm tu. Penghuni bilik guru cuma lebih kurang 14 orang saja. Kalau waktu P&P, mmglah tak ada ramai guru kat bilik staff, psl sumenya masuk kelas, dah cikgu pon tak ramai. Lepas tu dia cakap cikgu2 nih lepas mengajar mesti dok kat staff room, senang nak cari kalau ada apa2 katanya.
Abe pon rasa hairanlah. Abe tengok apa saja yg cikgu2 lelaki buat mcm berkumpul, borak2 mesti dorang tak senang. Dulu kitorang makan dan lepak2 kat bawah pokok tanjung kat belakang kantin, tak dibenarkan. Nampak pulak kami berkumpul kat bilik disiplin bersembang di suruh dok kat bilik guru. Sampaikan coach pon dah dipindahkan ke tempat lain, tak senang tengok kitorang dok baring2 situ. Entahlah, agaknya lama2 cikgu2 ni jadi robot sudahnya. Buat tension je cerita pasal sekolah nih.
Masa nak balik tadi abe dapat pulak call dari sushima kata adib belum balik lagi. Rupa2nya motor abg ipar abe belum ambik lagi. Abe pon apalagi, memecutlah balik. Bila sampai, ada adib tunggu kat bus stop. Abe takut dia menangis je psl lambat tunggu, tengok dia happy je, lega abe.
Belah petang abe gi pulak balai polis nak settlekan kes abg ipar abe. Alhamdulillah, semua settle walaupon terpaksa tunggu lama. Dan sempat pulak abe gi kedai celcom nak selesaikan line postpaid yg abe tunggu hari tu tak aktif lagi. Ni pon setlle. So sekarang ni abe dah ada 2 line: 1 postpaid dan satu prepaid. Suka hati koranglah nak contact abe pakai line mana, tapi dua2 celcomlah...
No comments:
Post a Comment