السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wah...agak lame jugak abe tak post kat blog nih. dah tak ada apa nak ditulis, apa nak dipostkan. Sibuk pon ada, line internet hampeh pon ade. Sibuk tu sibuk yang dibuat2 je..
So, kali ni abe tukar lagi template blog abe nih. Ada dua tiga hari jugak abe usahakan template baru nih. Dah dapat download hari tu tapi x dapat nak extract file dia. Tadi abe mintak tolong saiful. Dia bagi installer dreamweaver, terus dapat bukak dan balik rumah, abe terus upload kat blog abe nih. Terima kasih pul. Abe tak tahu template ni boleh bertahan berapa lama psl byk template yg cantik2 kat internet nih.
Cerita semalam...
Dah seminggu dah abe dok rancang2 nak panjat bumbung umah nih pasal air paip abe tu keluar perlahan. Abe ingat ada tersumbat ke. Tangki air kat dalam bumbung. So semalam abe panjat masuk dalam bumbung. Bukan senang wak, abe terpaksa merangkak dalam bumbung tu psl ruang dia muat2 je tubuh abe yg slim nih tambah kat dalam tu mcm kat dalam microwave, berpeluh sampai ke betis. Abe takut dalam tangki tu ada bangkai apa2, tapi air tak ade rasa busuk pon. memang tak ada bangkai, abe tak buat apa2 pon cuma abe godek2 je tangki tu dan cuba pam sikit. Menjerit2 lah jugak abe kat wife abe kat bawah tu suruh bukak paip dan tgk air kuat ke tak. Air memang la keruh, tapi alhamdulillah sekarang dah jernih dan laju je keluar.
Petangnya pulak abe ada mesyuarat ajk kat madrasah al-bahaman. Mesyuaratnya tak ada apa sangat, tapi gempak kenalah lebih sikit, jemput semua orang kampung, siap rasmi lagi kat ketua pemuda. Abe tukang lapor aktiviti 2009 dan catat minitlah, s/u lah katakan. Lepas tu makaaan..tu mesti. Dalam dok bermesyuarat, ajk lama tetap kekal. Lepas tu tambah satu dua jawatan lagi. Kena pulak wife abe dilantik jadi pemeriksa kira2...kah-kah-kah.
Tapi yg abe rasa ralat semalam ialah psl katil yg wife abe order last week tak sampai pon. Janji minggu ni. Geram jugak abe. Abe ni kalau lambat tak apa, tapi kalau janji tak tepat ni yang abe fedup. Tak dapat nak buat kerja lain, dok menunggu dia datang. Tak datang2, semua kerja terbengkalai. Abe dah pesan jgn hantar barang malam2, byk benda lain nak buat malam2 (hehehe). Takut jadi macam hari tu. Dek kerana kesian kat tukang hantar, kita main sain je, tanpa tengok barang betul ke tak, elok ke tak. Masuk malam ni dah tiga malam abe tidor kat lantai dan rasanya sampai hujung minggu ni la...hampeh!!

Hari sabtu hari tu nurin ada call kata ic dia hilang. Abe ngan wife risau jugak, tapi nak buat camana. suruh dia tunggu je la. Kalau kitorang gi pon bukan boleh buat apa pon. Tengok2 semalam dia kata dah jumpa ic tu kat dalam poket seluar dia masa dia nak basuh seluar tu. Lega jugak abe dan rasa nak gelak pon ada. Tulah, masa dok ngan mak ayah, semua mak ayah uruskan, bila dok sendiri, kelam kabut jadinya. Yin...yin... Tu satu pengajaran dan pengalaman bermakna tau tak yin??
Abe: tak sabar nak jumpa yin...
No comments:
Post a Comment