Wednesday, January 6, 2010

Abang ipar abe accident

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam masa abe tengah syok2 mengarang blog, wife abe dpt call yang abg dia (abg ipar abe) terlibat dengan accident. Terkejut jugak abe. Tu yang abe tergesa2 tutup blog tu (konon). Kitorang terus gi  Melang tempat accident tu.  Abg ipar abe yang kitorang panggil Andak tak apa2, cuma luka kat lengan sikit. Motor dia pon tak teruk sangat. Budak pompuan tu  teruk jugak kena, dengar patah jari kaki dan daging kat tumit terkeluar, selain cedera sikit kat kepala. Nak kata salah, memanglah salah budak tu, pasal dah lah laju, pas tu dia potong andak kut sebelah kiri, tergesel handle motor andak. Dua2 jatuh. Masa abe sampai, polis ada lagi, tapi budak yg terlibat tu dah tak ada, dah di bawak ke hospital. Orang pon dah tak ada. So abe bawak motor dia gi hantar bengkel, lepas tu kitorang hantar andak gi dapatkan rawatan kat hospital pilah. Masa kat hospital, kitorang jumpa ngan ibu bapak budak pompuan tu. Dorang pon mintak maaf kat andak pasal accident tu. Memang salah anak dorang dan dorang setuju nak bayar kos baiki motor andak. Abe ingat benda ni dah settle la. Petang tadi wife abe dengan andak gi melawat budak tu kat hospital. Abe rasa setakat ni okay la. Motor andak esok siaplah repair kot.

Bila andak accident, timbul satu masalah lagi. Andak ni kalau korang nak tahu, dialah yang tolong ambik anak2 abe balik sekolah. Jadi bila dia accident, tak dapatlah dia nak gi ambik anak2 abe lagi. Dia okay aje, tapi motor dia masih di bengkel. Poning kepalo abe dan wife semalam dok memikir mcm mana nak settle masalah anak2 abe nih. Kalau nak dipontengkan sekolah dorang, tak patut jugak psl sekolah baru 2 hari, lagi pon baby dah mula excited nak gi sekolah. Abe mula2 ingat nak mintak tolong kawan2 surau, tapi abe decided abe akan balik sekolah awal sikit hari ni, untuk ambik dorang. So bila sampai sekolah tadi terus abe cari kwn2 yang boleh masuk kelas abe 2 masa akhir. Nasib baik ada kawan yang sanggup tolong. Mula2 cikgu jamal sanggup, tapi last minit tak jadi psl dia ada kelas. Pas tu mintak tolong kat cg maznita, nasib baik dia sanggup. Kak Mis pon tak kisah, abe pon bagitau bos no1 abe, dia pon bagi kebenaran. So, dapatlah abe ambik anak2 abe kat sekolah dorang hari ni. Untuk esok, abe dah mintak lang amir ambik adib, baby esok tak nak gi sekolah, dia tak mau lang amir ambik dia.


Masa kat sekolah tadi, abe bagilah water filter yang cg ali nak semalam. Terus dia bayar rm400. Abe pon tak sangka jugak dia bagi. Nampak gayanya cerahlah impian abe nak ankat blueberry tu. So tadi, lepas abe hantar adib gi sekolah sebelah petang, abe pon gi pilah, bayar credit card. Pas tu abe terus gi kedai hanphone survey dan angkat sekali Bluebery@300. Harganya rm470. Pas tu abe gi pulak kat agen celcom, abe tambah satu line lagi celcom 1+5. Line ni untuk call wife abe je. No lama kekal. Blueberry tu boleh pakai 2 line sekali gus. Alah, nak hiburkan hati. Abe bukan tak suka hp lama, tapi boring jugaklah pakai yg sama lama2. Abe sayang hp tu, 3G wak.. ..:-)

abe: ade 3 hp yang masih elok tapi tak pakai. isk...isk..isk..

2 comments:

sushima rukawa said...

awat ta ulur2 empon baru kat ahli keluarga lak?
kitowg po boring ngn empon lme
hehe :|

Cikgu Die said...

handphone tu ayah sayang lagi yin,pilih la mana2 lagi 3 yg tak pakai tu, free je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...