Sunday, January 10, 2010

Hari terakhir Yin kat rumah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Esok abe dan wife akan gi hantar anak sulung abe, nurin gi daftar masuk asrama penuh sri puteri, cyberjaya. Bermakna, hari ni adalah hari terakhir dia bersama kitorang. Bukanlah tak jumpa lagi, tapi lepas ni dia akan tinggal kat asrama. maksudnya dua minggu atau sebulan sekali baru boleh jumpa dia semula. Itulah baru umur 12 tahun dah terpaksa berpisah ngan mak ayah dan adik beradik yang lain. Abe pon tak tau macam mana life abe satu family nanti kalau dia dah tak ada kat rumah nih. Abe kalau boleh nak dia tinggal bersama dengan kitorang dulu at least samapai umo 18 tahun ke, tapi abe sekeluarga redha je la. Bukan nak gi ke mana pon, nak gi belajar, tuntut ilmu. Lagi pon bukan pegi terus tak jumpa, boleh jumpa tapi tak mcm sekarang la. Abe tak kisahlah kalau itu yang dia nak, janji dia dapat belajar dengan baik dan yang penting sekali dia gembira. Abe pon dah hiba dah ni ha...

Tadi adib ada cakap kat nurin, "adib harap kita akan berjumpa lagi..." alamak syahdunya. Anak2 abe yang lain tak ikut sama esok psl dorang sekolah. Abe suspect baby and adib akan gi sama, tapi dorang nak gi sekolah especially baby psl last week 2 hari dia tak pegi. Abe dan wife abe, awal2 lagi dah apply cuti. Abe pon sama dengan wife nak rasa suasana hantar anak2 ke sekolah asrama. Merasa jugaklah nanti wp abe tak pernah gi sekolah asrama penuh.

Abe harap yin dapat jalani cara hidup baru di asrama dan dapat menghadapi apa saja cabaran semasa tinggal di asarama. Life kat sana dah tentu berbeza, jauh dari mak ayah, semua dah kena buat sendiri. Abe pon berharap nurin belajar bersungguh2 agar cita2 yin tercapai. Mak dan ayah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan yin di sana nanti.

Abe: sedih pulak aih...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...