السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, kita dah berada di tahun 2010. Bila abe tgk tarikh kat hp abe 01/01/2010, abe tersengih sendiri, bukan ape betapa cepatnya masa berlalu. 10 tahun lepas dok gedebap-gedebup nak tunggu tahun 2000, millineum barulah, Y2K lah, tapi sekarang tu semua dah berlalu dah pon sampai 2010. Agaknya sekarang ni dok gedebab-gedebup nak tunggu tahun 2012 pulak. Bukan orang mayan (betul ke?) saja yg ramal ada bencana tahun 2012, tapi ada hadis nabi kata ada bencana akan berlaku di bumi ni pada hari jumaat pertengahan bulan ramadhan yang menyebabkan 2/3 umat manusia terhapus. Sapalah yang masuk dalam golongan 1/3 tu? Wallahu 'aklambissawab..
Apa buat cuti tahun baru ni? Apa nak cutinya, mmg dah cuti pon. Pagi tadi lepas gi pasar, abe mesin rumput, bukan jugak rumput, boleh dikatakan semak-samun kat belakang rumah. Selesai dalam masa sejam. Lemah longlai badan abe, agaknya dah lama abe tak pakai mesin. Kali terakhir pakai mesin masa gotong-royong kubur sebelum raya haji lepas. Wife abe pulak apa mimpinya, dia buat nasi ayam pulak untuk lunch. Abe lepas menebas, terus bergolek kat katil.
Yang paling buat abe happy hari ni ialah adib nih dah sembuh lah dari berkhatan itu hari. Semalam abe ngan wife abe paksa jugak dia pakai seluar, dia pakailah sampai malam. Tido pon pakai seluar. Abe risau jugak. Tengok pagi tadi masa abe bangun, tengok dia bukan main lagi tidur berbalik2, terkepit. Dah tak rasa sakit lagilah tu. Bila abe balik pasar, tengok dia dah siap mandi semua. Suka hatinya abe ngan wife abe. Semalam boleh jugak dia cakap, "betol cakap mak, bersunat tak sakit," kitorang congkeh gelakkan dia. Hari ni dia tanya, "bila tali (benang) tu nak tanggal," abe cakap, "tak lama lagi, yang penting dah tak sakit dan boleh pakai seluar,"
Tengah makan tadi mak mertua abe call kate ada orang meninggal kat kampung sebelah abe nih, so abe nak bersiap gi ziarah kejap.
Abe: abe ni kalau tak silap pengerusi tanah perkuburan...fuh!
No comments:
Post a Comment