السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Entah kenapa dengan nurin hari ni bangun pagi tiba2 je muntah2 mcam nafisah hari tu. Bezanya baby muntah dgn batuk2 tapi nurin muntah2 dengan pening kepala. Nak kata food poisoning tak jugak psl dia je yang muntah2, kitorang tak de pon. Agaknya dia alergik dengan mee sarawak kot? Malam tadi gi rumah suraya kat bangi, kawan wife aku masa kat batu kikir dulu. Dia jamu kitorang mee sarawak. Nurin kata sedap mee tu, banyak dia makan, menambah2. So pagi tadi tak adelah dia gi mandi kolam dengan adik2 dia yg lain, just stay dalam bilik hotel je. Sarapan yang aku beli lepas hantar wife aku gi mesyuarat pon tak diusik lansung. Lepas check-out belikan dia minyak cap kapak dan panadol, nampak lega sikit. tapi sementara menunggu wife aku habis, entah berapa kali dia muntah2. Kitorang lepak kat masjid UKM...tulah, dari hotel lima bintang terus ke masjid je.. Sampai rumah ptg tadi aku ngan wife flat habis, tertido sampai maghrib. Malamnya kitorang bawak nurin gi klinik psl ubat fisah dulu yg wife aku bagi dia makan tak berkesan, makan sikit terus muntah. Balik tu tu terus dia tido..
Esok aku mula mesyuarat SPM. Masa perjalanan balik tadi pon ketua pemeriksa ada telefon ingatkan supaya hadir esok pagi. So sepanjang 2 minggu nnt balun menanda skrip jawapan calonlah jawabnya...:-)
No comments:
Post a Comment