Wednesday, December 2, 2009

Wakaf Che Yeh: My Hometown (Episod 2)

My view point of...

Pasar Borong Wakaf Che Yeh

Pasar borong ni tempat asalnya kat tapak KB Mall sekarang nih, tapi dipindahkan ke WCY kerana kwsn tu nak dibangunkan dengan KB Mall sekarang nih. Tapak asal Pasar Borong WCY nih sebenarnya dulu adalah tempat buang sampah MPKB. Selain daripada tu, ia juga adalah kawasan berpaya dan kawasan hutan. Pada masa dulu, di sini tak banyak rumah yang ada, seingat aku dalam 4-5 buah sahaja. Pada tahun 80-an, kwsn ni diterangkan dan dibina pasar aam wcy tapi tak dapat sambutan dari penduduk, sehinggalah pasar tani diadakan di sini. Kemudian dalam 4-5 tahun yang lepas barulah Pasar Borong diadakan di sini sehinggalah sekarang. Ini menyebabkan WCY menjadi tumpuan orang ramai selain dari bandar KB. Dua tahun yg lepas pasar awam dirobohkan dan dibina komplek bersepadu seperti yang ada sekarang. Disebabkan itu juga kawasan di sekeliling pasar tani ini turut dibangunkan dan didirikan rumah2 kedai.

 
Kilang Getah

Kilang getah ni dah tak ada, dah dirobohkan kira2 dua tahun lepas. Agaknya kedudukannya kat situ dah tak relevan dah. Aku pon tak tahu dah berapa lama kilang getah yang kitorang panggil 'boustead' ni beroperasi. Seingat aku masa aku kecik2 kilang tu dah ada kat situ. Tetapi kilang getah ni byk jugak sumbangannya, mak aku pon pernah kerja sini dulu, itu masa aku belum lahir lagilah,. Bukan mak aku je, tapi ramai lagi org lain yg pernah kerja sini. Di sebelah kilang ni ada satu kolam yang digunakan untuk membuang sisa kilang getah ni. Korang agak2 apa sisanya?? Mestilah getah, iaitu getah sekerap yang direject kerana ada benda asing dalam sekerap tu, mcm kulit pokok getah, kayu, batu dan mcm2 lagilah (faham2 la kan). So, kitorang ni kalau tgh pokai, nak duit mudah, curi2 lah menyusuop masuk ke kwsn kolam tu utk ambik getah2 yg direject tu kemudian jual balik, getah tu kemudian, masuk kilang tu balik. Lama2 dorang tahu, then kwsn kolam tu dipagar. Tapi apalah sgt pagar tu, sampai kitorang siap kena kejar lagi psl tak serik2. Kilang getah ni pada kami tak ada hal punya, tapi bagi org yang baru sampai ke WCY ni akan rasa pelik dengan bunyi bising dan baunya yang semerbak terutama lepas hujan, tapi bagi kami di sini, agaknya dah lali, dah tak dengar apa yang bisingnya dan apa yg busuknya. Kilang getah ni dah sinonim dengan WCY, dah jadi mcm identiti WCY agaknya. Sehinggakan muncul usikan, kalau orang buta naik bas, jangan risau kalau nak berenti kat WCY, bila bau saja bau yang semerbak tu, terus tekan loceng. Bas akan berhenti tepat dekat simpang tiga salor. Mcm tu sekali sinonimnya kilang getah tu dengan WCY. Sejak kilang tu dirobohkan kira2 2 tahun lepas, bau dan bunyi bising tu pon dah tak ada lagi, dan orang pon dah mula lupakan 'boustead' nih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...