Tuesday, December 1, 2009

Wakaf Che Yeh: My Home Town (Episode 1)

My view point of...

WAKAF CHE YEH



Terlanjur dok kat kampung nih, nak cerita sikitlah pasal kampungku yang tercinta iaitu kampung Wakaf Che Yeh, atau orang biasa sebut WCY je. WCY ni terletak lebih kurang 5km ke selatan bandar Kota Bharu. Mengikut cerita mak aku, Wakaf Che Yeh ni dapat nama dari sebuah wakaf yang terletak di simpang 3 Jalan Kuala Krai-Salor. Wakaf ni dibina oleh seorang hamba Allah bernama Che Yeh. Wakaf ni dibina sebagai tempat orang ramai yang berulang alik ke Kota Bharu berehat. Pada masa dahulu tak ada bas atau kereta mcm sekarang, dorang jalan kaki je. Jadi, wakaf tu dijadikan sebagai tempat berehat selepas penat berjalan sebelum meneruskan perjalanan.
Penduduknya rasa-rasa aku 99% adalah orang Melayu, yang selebihnya ialah Cina atau orang Siam. Rasa aku orang India tak ade kot, kalau ada pon mungkin boleh dikira dengan jari. Sejak akhir2 ni pulak nampaknya dah mula ada orang bangla dan indon sekerat dua. Kegiatan ekonomi kat sini rasa aku kebanyakannya bekerja makan gaji tak kiralah swasta ke kerajaan selain berniaga. Kalau dulu orang2 kampung aku buat padi. Sawahnya ada terbentang luas kat bahagian tenggara peta di atas tapi sekarang ni kawasan sawah tu kebanyakannya dah terbiar, banyak juga tanah2 sawah tu telah ditebus dan dijadikan sebagai tapak rumah kediaman (banglo). Agaknya fenomena ni sama dengan mana2 tempat pon, tak ada lagi generasi muda yang sanggup mengerjakan sawah, generasi lama pon dah tak larat lagi. mak aku pon dengar2 dulu pon dia kasi orang pajak, tapi sekarang rasanya dah terbiar gitu je.

Dulu Jalan Kuala Krai tu cuma dua lorong saja, tapi lepas tahun 1990, dah diupgradekan jadi 4 lorong dari cabang 4 Pasir Hor sampai ke Bunut Payung. WCY ni dikira luas jugak, peta kat atas tu melangkaui keseluruhan kawasan dia. Sebelah utara peta ni ialah Bunut Payung, Kampung Kota dan Pintu Geng, sebelah barat, padang Enggang sebelah timur dan Pasir Hor/Kampung Tunjung sebelah selatan.

Dulu WCY ni tidaklah sepesat sekarang. Punca WCY ni dah jadi mcm bandar satelit ialah kerana wujudnya pasar borong yang mula beroperasi kalau tak salah aku lebih kurang 10 tahun lepas. Pasar borong tu asalnya terletak kat tapak KB Mall sekarang nih, jadi bila kwsn tu nak dibangunkan, dipindahkan pasar borong tu ke WCY. Sebelum tu, di WCY ni ada sebuah pasar awam yang dikira ok jugaklah, tapi kurang dpt sambutan dr orang ramai, org berniaga pon tak ramai. kalau ramai pon cuma hari jumaat kerana ada pasar tani dan kerana ada pasar malam setiap malam rabu. Jadinya bila pasar borong dah dipindahkan ke sini, WCY macam kena tsunami, ramai sgt orang berkunjung ke sini. Pasar borong tu pulak dibuka 24 jam. Boleh beli barang bila2 masa saja. kerana sambutan yang luar biasa tu, kerajaan robohkan pasar lama tadi dan bina komplek pasar borong yg ada sekarang nih dan pindahkan sementara pasar borong tu ke tempat baru, 500m ke timur tapak asal. Setahun yang lepas, kompleks tu dah siap dan dah beroperasi mcm yang ada sekarang. Dalam masa yang sama, kawasan sekitar pasar borong ni telah dibangunkan. Bangunan2 lama dan tanah terbiar telah dibangunkan dan dibina bangunan komersial (chewah..).

Sekarang dah banyak kemudahan yang ada di WCY seiring dengan perkembangan pesat yang berlaku. Kat sini dah ada beberapa buah bank seperti Bank Rakyat, Bank Commerce dan mesin-mesin ATM seperti Maybank dan Ambank. Stesen minyak dah ada 2 buah iaitu Shell dan Caltex. Hotel pon ada iaitu Ombak Inn tapi kecik je. Balai Polis pon dah ada rasanya. Seven Eleven ada dua buah, kedai buku Muda Osman pon ada sebuah. Ada pasaraya Ceria (kira bolehlah), Salim Aziz Textile, Ariani dan mcm2 kedai kain dan tudung lagilah.

Cumanya sekarang, walaupun orang WCY ni dpt banyak kelebihan hasil perkembangan pesat nih, tetapi ada juga kesan2 yang tak berapa baguslah terutamanya dari segi sosial, ekonomi dan politik (chewah). Masa mula2 ada pasar borong dulu byk kejadian jenayah berlaku mcm kecurian, ragut, pecah rumah berlaku. Maklumlah aktiviti berjalan sepanjang masa, 24 jam sehari. Tapi alhamdulillah, sekarang nih dah kurang sikit. masalah lain ialah kesesakan lalu-lintas yang sentiasa ada terutama musim cuti sekolah dan musim perayaan. Perantau2 yang balik bercuti akan datang ke WCY untuk membeli-belah mcm kat tempat lain tak ade jual brg yg ada kayt WCY nih. Kalau musim cuti, lepas jam 8 mlm, jalan kuala krai tu mula lah jem, kadang2 habis masa dalam kereta je, tak ada tempat nak parking. Yang aku terasa sangat ialah kitorang kalau nak keluar ke KB terpaksa buat pusingan U kat traffic light Pasir Hor, lebih kurang 1km pasal nak pusing U kat simpang ke salor penuh dengan kereta dan susah untuk ke lorong paling kanan psl byk kereta dan laju2 pulak tu. Mcm tu jugak kalau nak balik semula ke rumah dari Pasar borong, kena buat U-turn lebih kurang 600-700m jugak dari simpang tu. Tapi kdg2 aku cilok masuk jugak lorong kanan simpang ke salor tu kalau jalan tak sibuk terutama bukan musim raya atau cuti. Dan pada awal2 pagi, mcm biasalah jalan ni jadi litar bagi mat2 rempit test power masin2 dari trafik light simpang 3 salor ke bunut payung... :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...