السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan/Puan
PENDAFTARAN MURID-MURID PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2010
Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacitanya dimaklumkan stelah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Sekolah, permohonan tuan/puan bagi anak jagaan tuan/puan memasuki Prasekolah JPNS di Sek. Keb. Senaling adalah diterima.
3. Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir ke sesi pendaftaran, taklimat seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 04 Januari 2010 (Isnin)
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi - 10.00 pagi
Taklimat : 10 pagi
Tempat : Kelas Prasekolah
4. Kegagalan mendaftar pada ketetapan tersebut di atas bermakna tuan/puan menolak tawaran dan tempat akan digantikan oleh senarai simpanan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment