Hari ke-6
Hari ni rancang nak gi KB cari barang yang kawan kirim. Sebelah pagi hujan lebat tak berhenti2 sampai air naik depan tangga dan hampir menjejaskan perancangan hari ni. Tapi dalam pukul 3 petang tadi aku ajak wife aku keluar jugak temankan. Anak2 tinggal kat rumah. Mcm biasa jem kat traffic light dekat 1/2 jam. Terus gi Pasar Siti Khadijah n naik kat tempat jual barang2 perak. Barang yang Suli pesan tu ialah tepak sirih, dulang tembaga dan set renjis air mawar utk kahwin dia nnt. Semua barang ada kecuali dulang je tak de. So aku bayar dululah dalam rm500. Short duit aku nak byr keta bulan nih, tapi tak apalah, nnt claim balik. Pastu kitorang ambik peluang pusing kejap kat pasar tu cari apa yang patut. Beli makanan kering mcm keropok utk bwk balik Pilah hari Jumaat nnt.
No comments:
Post a Comment