السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mesti korang terkejut sikit tgk aku punya post kali nih. Ya la semalam dekat 1 jam dok carik kalimah bismillah dengan salam tu nak masukkan dekat post nih, tapi puas hatilah. Sikit-sebanyak aku dah tahulah mcm mana nak manage blog nih, mana taknya cuti panjang, tak tau buat apa.
Semalam kwn wife aku ms dia kat U dulu ada datang, disebabkan dia dtg bwk husband, terrrrpaksalah aku involved, layan dorang sama. Anak dorang dah lima, kitorang (baru) tiga. Dorang datang psl anak dorang ada interview kat STJ utk form 1 tahun depan. Sebelum tu, tengahari tu pulak gi kenduri rumah kwn wife aku masa sekolah dulu. Adalah jumpa geng2 lama mas dorang sekolah dulu. Aku tumpang semangkuk je..
Alhamdulillah, subuh tadi dapat aku berjemaah lagi kat surau, hari ni cuma dua orang je, aku dengan Lang amir, so aku tukang azan la. Tapi subuh2 ni tak lah beria sgt. Bila balik, wife aku masih tidor, kejut dia psl dia ada kata nak buat kerja sikit (jgn fikir lain). So, dia buat kerja dia, aku post blog nih. Malam tadi pon gi surau, bagi kat jemaah keropok yg aku beli kat kelantan itu hari, ada lagi dua bungkus tak bagi lagi. Lepas solat maghrib kitorang ada jemputan kenduri doa selamat rumah sorang org kampung nih, adalah jamuan sikit. Kat situ dah selamat dah, hehehe..
Hari nih kitorrang rancang nak tido kat bangi psl wife aku ada mesyuarat penandaan STPM kat UKM. So dia dah booking bilik kat hotel equatorial kat bangi 2 malam. Aku tak tahu pon kat bangi tu ada hotel lagi pon aku tak biasa sgt dengan bangi berbanding KL masa aku study kat UPM dulu.. tapi ni peluang lah nak tengok tempat tuh...ehem..ehem.. Walau chek-in ptg, tapi rasanya kitorang keluar awal kot psl banyak urusan nak buat kat seremban dan rancang nak gi umah abang ipar kat KL...kalau jadik!!....:-)
No comments:
Post a Comment