my view point of..
Kubang Jias
Kubang Jias kat kampung aku ni bukanlah tempat kerbau berkubang atau apa2 yang berkubang. Asal namanya pon aku tak tahu, tapi ia adalah kawasan paya. Sepanjang pengetahuan aku, kawasan Kubang Jias ni tak ada apa2 kecuali ditumbuhi pokok keladi dan semak samun saja. Ia juga digunakan oleh pemilik kilang getah yg bersebelahan dengannya membuang sisa kilang ke situ sehingga tanahnya menjadi hitam dan bercampur dengan sisa2 getah. Disebabkan ia kwsn paya, maka tak banyak yg boleh dibuat dengan KJ nih kecuali ada sesetengan org2 kampung yang menjadikan tempat ini punca rezeki dengan mengambil kangkung yang tumbuh meliar di sini untuk dijual di pasar. Tapi aktiviti ni dah tak ada lagi. Rasanya KJ sekarang hanya tinggal nama sahaja, kerana kebanyakan kawasan Kj ni dah ditebus guna utk dibuat bangunan rumah2 kedai, yang terbaru ialah didirikan restoran McDonald.
Tali Air dan Sawah Padi.
Tali air dan sawah padi banyak mempengaruhi cara hidup penduduk WCY pada suatu ketika dulu. Mak aku sendiri pon ada dua bidang tanah sawah yang pada masa dulu kitirang kerjakan anak-beranak tapi sekarang tak buat lagi dah. Tali air tu dikira mcm sungai atau kolam renang buat budak2 kampung. Mandi kat tali air ni mmg menjadi kemarahan semua ibu bapa kalau anak2 mereka mandi kat dalam tali air nih. Mandi kat tali air ni tak payah nak sembunyi dari sesapa kerana kalau dah mandi mesti dapat tahu punya psl airnya keruh, mesti lepas mandi badan pon nampak berlumpur. Kalau dapat tahu mesti kena sebat punya. Itu sebab kalau dah puas mandi biasa kitorang gi mandi kat tempat yg airnya agak bersih konon nak hilangkan kesan lumpur tu. Kalau yang berani sikit, beranikan diri balik rumah dan cepat2 mandi kat telaga. Tapi walaupun kerap jugak mandi sini, tak jugak aku pandai berenang. Kat tali air nih mmg bahaya jugak, bukan sorang dua nyawanya dah melayang, tapi dah ramai kerana lemas. Baru-baru ni pon ada juga keluar paper budak mati terjatuh ke dalam tali air nih. Di samping tempat mandi, tali air juga adalah tempat bdk2 bergewe (bercinta), mana taknya kat sinilah panoramanya cantik berbanding tempat lain.
Disebabkan mak aku ada dua bidang tanah sawah, maka kerap jugak masa kecil dulu ikut mak gi buat padi, dari tabur benih sampailah menuai padi, hasilnya tak banyak, tapi bolehlah. Kali terakhir aku gi kerjakan sawah padi ni ialah masa aku nak masuk U, lepas masuk U langsung aku tak gi dah kat sawah tu. Kat sawah ni kalau padi sedang membesar, kitorang ada aktiviti khusus, iaitu menahan 'taut' untuk tangkap ikan yang tengah membesar dalam sawah tu. Masa aku tunggu STPM, nilah aktiviti aku, pagi pasang, petang gi tengok then pasang lagi, pagi esok tgk dan pasang lagi. banyak jugak yg aku dapat. Bila padi dah masak, dah selesai tuai, aktiviti tangkap ikan ni lagi rancak, ikan dah besar2. Biasa ikan yang banyak ialah keli, haruan, sepat, puyu dan sesekali ada jugak belut. Kemudian bila sawah dah agak kering, ada lagi aktiviti lain, iaitu main wau. Kalau musim main wau, bunyi busur wau boleh dengar sampai ke tengah malam, silap2 sampai ke pagi esoknya kalau cuaca baik. Dulu dorang main wau gila2, bukan budak2 je yang main, org tua pon sama. Ada yang buat wau panjangnya sampai 5-6 meter. Wau yang biasa dorang main mcm wau bulan, wau barat, wau kucing dan wau ikan. Masing2 lawan wau sapa paling tinggi, paling lama dan paling sedap bunyi busur dia. Sekarang ada lagi yang main wau tapi taklah meriah mcm dulu.
No comments:
Post a Comment