Sunday, November 1, 2009

Perasmian Surau Ulu Naling

Fuh...dah lama tak masuk blog nih... bz sesangat seminggu nih... daripada hari selasa lepas (27/10) tak sempat nak tulis apa2 kat sini. Rasa banyak sangat nak tulis tapi x sempat... Ni dah ada kesempatan sikit tak tahu pulak nak tulis apa2.

Sebenarnya hari isnin hari tu aku dpt offer jd pemeriksa kertas BM PMR, mula2 serba salah jugak, pasal minggu nih bz sgt, soalan exam sejarah tg 2 belum buat, nak uruskan majlis perasmian surau lagi...tapi pk-pk, pas tu tanya wife lagi, aku terima jgk, so hari tu jgk gi sban, sekolah tempat mesy. pelarasan tuh.. Sebenarnya, kwn yg offer tu aku dah contact awal2, kalau ada kekosongan, call la aku, tak sangka pulak pagi selasa tu dia call kata cg dia yg jadi ketua pemeriksa perlukan pemeriksa pasal pemeriksa asal tarik diri psl ada kecemasan. tapi nasib baik jugak, boss aku bagi, kalau tak, tak de la.. Group pemeriksa ni kira ok la, dari 11 org termasuk ketua, 8 orang perempuan, so dorang la conquer...tapi aku tak bg can punya... dapat juga merasa tanda BM PMR, sebelum nih x berminat pon.. rupanya pemeriksaan lebih strict la..

So, balik je dari mesyuarat hari pertama, terus aku buat soalan sej form 2, nx week dah nak exam. tak nak la nnt dikata curi tulang, lagi pon soalan form 4 dan form 5 cg nasir dah uruskan. pas tu aku bagi kat Hairul soh bg kat ashraf, mintak tolong dia uruskan.

Malam gi rumah hairul tu untuk kirim soalan, ada perarakan Yamtuan, psl mlm tu ada jamuan rakyat kat pilah. So, balik aje dari rumah hairul, jalan dah kena blok, Yamtuan dah lalu. So, dapatlah kitorang tgk Yamtuan berarak. Mula2 para hulubalang melayu, pas tu pasukan polis berkuda, Yamtuan atas jip then doble decker. Seronok sangat. Aku memang tak jangka dpt tgk perarakan tu memikirkan orang ramai, susah dengan budak2 ni. Tengok2 dia lalu depan mata pulak.

Hari nih kitorang ada buat satu majlis perasmian surau kampung. Jemput YB Hassan Malik rasmikan surau dan gelanggang takraw. so mmg sibuk sgt2 minggu nih. Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai. Dari semalam lagi uruskan, belah pagi bersihkan surau, petang pulak goreng ayam utk hari ni. Hari ni pulak 6.30 pagi dah mula kerja msk2. jam 9.00 pagi siap2 pakai baju melayu nak sambut YB. YB sampai dalam pukul 10 pagi. Lepas rasmikan surau ada jamuan mkn pulak. Belah petang pulak YB Adnan Abu Hassan DUN Pilah dtg rasmikan gelanggang takraw. Ada pameran antidadah, SPR, cabutan nombor bertuah, lawan takraw dan karaoke.

Kat depan surau..

boleh tahan ramai yg datang...dalam 500 orang..

Pendek kata, aku tinggalkan dulu urusan tanda menanda kertas PMR tu... nnt malam kang sambung balik...hehehe...esok sekolah tau... eyahuuu...kelantan masuk final lawan NS... (kat ulu naling ni kelantan ngan ns hari2 lawan...hehehehe...).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...