Wednesday, November 18, 2009

Dah hujung tahun..

Tinggal 2 hari lagi sebelum cuti hujung tahun n hari ni SPM mula. Esok pulak katanya UPSR akan diumumkan. Itu yang berdebar2 tu. harap2 Nurin dapat result yang cemerlang. janji ngan dia dulu nak bagi RM1000 dan ipod satu...tapi kalau tgk dompet dan poket skrg ni mcm mustahil je.... tapi nak bagi jugak nnt kalau dah ada duit...Tunggu yin ye....

Hari ni awal sikit sampai sekolah, psl adib tak g sekolah hari ni, so dpt mandi awal sikit, kalu x dok tunggu dia mandi dulu la. Adib mintak excuse katanya dah penat;

"Ayah, boleh tak adib tak gi sekolah hari rabu?"
"Kenape?"
"Adib dah letih la gi sekolah."
"Adib nak tgk cerita apa kat tv ni?"
"Cerita ultraman."
"Pukul berapa?"
"Pukul 11."
"Nanti kita tengok dulu."

Pas tu smlm lain pulak cerita:
"Ayah, esok cikgu ada nak bagi hadiah, hari khamis la adib cuti." Aku agak hari anugerah kecemerlangan la kot.
"Adib dapat hadiah tak nanti?"
"Tak tahu." Kebiasaannya kalau ada apa2 acara yang bagi hadiah ni ni dapat la bawak balik at least 1 hadiah, tapi aku rasa kali ni dia tak dapat. Then bagi tau dia:
"adib nnt kalau tak dpt hadiah tak ape kan??"
"kalau mcm tu adib tak nak gi sekolah la esok."
"Ok, tapi kalau ada hadiah utk adib, nnt kakak tolong ambik." So hari ni dpt keluar awal sikit la. 6.30 dah start keta, jalan pon clear je...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...