Sunday, November 22, 2009

Gotong Royong Bersihkan Kubur

Selepas seminggu merancang akhirnya, hari ni tibalah harinya, iaitu gotong royong bersihkan kubur ulu naling. Mula jam 3 petang, mulanya hujan agak renyai jugak, tak dpt sgt nak menebas ke atau mesin rumput, tapi dalan 3.15 ptg, hujan mula berenti, then kitorang pun balun habis la, ada yang guna parang menebas dan ada jgak yang guna mesin rumput, aku bwk dua2 tapi x sempat gunakan parang, aku gunakan mesin rumput je senang, tak payah pakai byk tenaga. Kalau pakai parang, nak menghayun tu pakai byk tenaga jugak..hehehe. So parang aku tu adalah somebody gunakan.

Dalam dok menebas guna mesin tu, byk kali jugaklah blade terkena batu, bukan batu nesan, tapi batu lebihan binaan kubur, banyak kali terkena kaki, sampai tak sedar rupanya kaki aku berdarah terkena serpihan kayu, ingat sakit je, tapi bila dah selesai, masa nak sapu rumput2 yang melekat kat seluar, barulah sedar, bertambahlah sakit bila dah tahu berdarah tu...hehehe..

Lepas gotong royong kat kubur, ada pulak jamuan ringan kat surau kitorang, mee goreng, meehon goreng dan kuih muih sikit. Alhamdulillah, program berjalan dengan jayanya, kubur pon dah bersih dari semak samun untuk menyambut raya haji nnt. Oii, kubur pon nak raya tau... :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...