Hari Pertama: Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Lepas solat sunat hari raya, terus g kat tempat korban (makan dulu, mana tahan woi!!). Masa nak akad, ingat RM280 je, tapi rupanya RM380. Mak aku salah dengar hari tu.Sebenarnya wife aku yang korban ni, rasanya dah 3 tahun dia buat korban kat sini. Tahun lepas buat jugak, tapi byk daging kitorang berlebih, tak edarkan satu, satu lagi simpan je rtak dimasak ke apa. Ada 3 ekor lembu sumenya. Kitorang punya last sembelih. Bila dah lembu tu tak ade nyawa, mulalah kitorang melapah, bukannya pandai pon tapi pakai belasah je la, kalau tak kite, sapa lagi yag nak melapah. tapi bila dah selesai lapah kulit lembu tu, aku dah cungap. Aku tau aku dah tak boleh teruskan lagi, dada sakit n pandangan gelap. Pas tu aku balik berehat kat rumah. Tak apa la kot pasal dirty job dah selesai, lapah daging tu rasa sesapa pon boleh buat. Balik rumah kepala dah pening langsung tertidur. Solat jumaat pon x pegi, rasa sakit kepala dan penat. Malam dorang ada buat bakar daging, tapi aku tak join sgt pasal tak selera sgt dah nak makan, bukan makan byk pon, tapi perut rasa kenyang. Kitorang x ke mana2 la hari ni, stay kat umah je..
No comments:
Post a Comment