السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Agak lama juga abe tak update blog ni. Bukannya dah fedup berblog nih, tapi tak ada bahan nak dipostkan. Lagi pon abe sibuk dok layan facebook psl ramai kengkawan abe masa kat upm dulu dapat kontek balik. Hari tu abe wujudkan group untuk PBMP 1990/1994, tak sangka member lama dapat jumpa balik dlm group nih..
Semalam gi ambik nurin. Kali ni agak lambat juga kitorang gi, sampai sana dalam pukul 4.30 petang. Biasa sampai tengahari, orang ramai, tapi semalam dah petang, tak ramai orang kejap je dah boleh balik..
Sekarang ni adib tak sihat, macam deman dan cirit-birit. Bagi makan ubat dia muntahkan balik. Sejak semalam lagi dia tak selera makan. Balik ambik nurin semalam pon tak dapat nak jalan2 mcm biasa, dia ajak balik kerana tak selesa, tapi sempat dia beli B-daman yang dia beli pakai duit yg dia kumpul. Abe harap dia tak apa-apa.
Hari ni kitorang buat sambutan maulidur rasul kat surau ulu naling, persiapan bukan main, tapi hadirin pon boleh tahan jugak. Dari pagi lagi abe dah keluar dgn kwn2 surau gi bahau cari bahan2 untuk masak. Tolong2 mana yg patut sampai la ke petang. Malam pulak start maghrib sampai pukul 10 malam dok kat surau. Lepas solat maghrib, selawat, then dengar ceramah. Lepas tu solat isyak dan last sekali for sure tentulah makan2...
Esok kena kemas2 kat surau then maybe petang kot kitorang hantar nurin balik semula ke SSP. Rasa tak puas la bersama dengan yin kali ni pasal ayah sibuk, adib pon x sihat...
No comments:
Post a Comment