Sunday, April 11, 2010

Kursus Umrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe ngan wife atttend kursus umrah kat rayha seremban. sebenarnya kursus ni khas untuk group yg akan gi minggu depan, tapi kitorang ambik kesempatan untuk hadir sama, maklumlah pengetahuan ttg umrah ni zero. Tak ramai yg hadir, rasa tak sampai pon 20 orang. Alhamdullillah, lepas dapat penerangan serba sedikit, abe rasa lebih yakin sikit, dan insyaallah dapat tunaikan umrah ni dengan baik.

Sebelum gi seremban, sebelah pagi lepas bfast kat pilah, abe n wife gi kedai hardware beli tangki air dan sinki. Air paip kat sini kejap ada, kejap tak ada. So abe cadang nak tambah lagi satu tangki dan letak lagi satu sinki kat luar. Paip lain tak terjejas kalau tak ada air pasal ada tangki, tapi untuk sinki basuh pinggan, bila air tak ade, susah jugak psl airnya terus dari paip utama. Abe ingat nak buat sendiri kerja2 paip ni. tak kisahlah, kalau tak jadi pon setakat basah je la... Abe tengah berkira2 nak letak tangki tu dalam bumbung rumah dan tgh berkira2 mana nak sambung punca air masuk tangki tu. tak dapatlah nak siapkan sehari dua ni, tengoklah seminggu dua lagi...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...