Wednesday, October 10, 2012

Dilema 5 Farabi

hari ni tingkatan 5 farabi yang datang cuma seorang iaitu faiz. nampaknya dia ditumpangkan dalam kelas 5 biruni. masalah kehadiran pelajar 5 farabi ni agak kronik jugak. kebiasaannya yang datang cuma 2 hingga 3 orang. Kelas ni jumlah muridnya seramai  8 orang , iaitu faiz, syarif, syawal, hazidi, amran, syahazwan, syazwan dan syakim. dalam senarai tu syakim dah lama tak datang dan boleh dikatakan dah tak sekolah, hazidi dan syawal asyik ponteng, syazwan pun asyik ponteng tapi sekarang terlantar di rumah kaki patah kerana accident motor, amran pulak langsung tak tahu membaca pun amat jarang datang sekolah, cuma yang agak rajin datang sekolah ialah syarif, itu pun kadang datang kadang tak. faizlah yang rajin datang sekolah tiap2 hari. Kesia jugak dia seorang saja dalam kelas. kadang-kadang P&P tak dapat nak jalankan pasal seorang saja. selalu cikgu-cikgu bawak dia masuk library. kadang-kadang sebelah pagi ada, lepas rehat dah hilang. sebelum rehat tak ada, lepas rehat dah ada pulak. SPM pun tak lama lagi dah, kurang dari sebulan lagi. itu yang merisaukan kami cikgu2. bukan tak ada usaha suruh mereka datang sekolah. sampai buat lawatan ke rumah, tapi tetap macam tu. harap2 apa yang diajarkan sebelum ni melekat dalam kepala biarpun lama tak datang sekolah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...