Friday, October 26, 2012
civic, my wife & balik raya haji
Posted by
Cikgu Die
hari rabu lepas sepatutnya abe dah terima civic, seharian abe tunggu call dari shazrul untuk gi ambik kereta tu, tapi dah sampai rumah pun belum dapat sebarang panggilan. dalam pukul 4 petang abe pun dapat panggilan suruh datang ambik kereta esok pagi sedangkan esok pagi tu abe dah plan nak balik kb. tapi fikir punya fikir abe setuju nak gi ambik esok pagi sebelum balik kb. biasa pun abe balik kb pun dalam pukul 10 atau 11 pagi. jadi perancangan nak balik beraya dengan kereta baru nampaknya akan terlaksana. keesokannya (semalam) abe pun siap2 loading spectra yang nak disrahkan nanti dengan bangage untuk terus balik kb. lepas sarapan, abe terus bertolak ke seremban dan sampai sana dalam jam 9.30 pagi. sementara kereta nak disiapkan, shazrul bawak kami ke jpj untuk urusan tukar halmilik spectra dan untuk pendaftaran kereta baru. abe pun malas nak rush sangat, biar selesa nak berurusan. tengah tunggu2 no dipanggil, abe gi tingkat atas tengok no plate yang dah didaftarkan dan no2 yang dah dibida. tengok punya tengok abe ternampaklah no ncs 7836 yang masih available. abe terus nak no ni tapi sharul kata tak paya ambik no tu maybe dah diambil orang. abe pun diamlah, tapi dalam hati meronta nak no tu. bila urusan pendaftaran dah selesai, abe dapat no 7804, fuh, maknanya no 7836 masih avaiable, abe perlu tempah aje. tak apalah bukan rezeki. kenapa abe beriya2 nak no 7836 tu?? no 7836 ni no first car abe sa7836u...plate sabah.
dah selesai dalam pukul 1 ptg, si shazrul sedar dokumen tukarmilik tak ada, abe pun setuju utk gi semula jpj utk tanyakan dengan pegawai yg proses pendaftaran tadi. time tu dah lunch tapi abe gi jugak tanya pegawai tu, nasib baik dia ada lagi. memang dokumen tu terselit dengan borang pendartaran..
lepas hantar borang tu kat shazrul, kitorang gi lunch dulu sebelum meneruskan perjalanan ke kb. kami sampai ke kb dalam jam 1 pagi tapi wife abe pulak sakit perut sangat so abe terus ke hospital perdana. tak tahu kenapa tetiba dia sakit perut. dia terasa sakit dalam 200km sebelum sampai. makin lama makin sakit sampai menagis2. beli panadol pun tak berkesan. sampai je hospital dr terus bagi satu injek. lepas tu betul2 sampai rumah dalam jam 2 pagi. perjalanan kali ni agak teruk jugak. jem tu ada tapi disebabkan jumlah kereta banyak di jalan, pergerakan jadi perlahan terubat jugak dengan bestnya bawak kereta baru, perjalanan x rasa membosankan sangat. belum sampai tempat biasa kami singgah iaitu di bandar mustafibillah syah, minyak dah kering. stesen petronas kat situ punyalah ramai berenti nak isi minyak. abe malas nak tunggu takut minyak habis, terus abe gi masjid berehat situ jap, call shazrul, dia kata kalau minyak dah menyala dan range dah kosong maknanya ada lagi 35km boleh jalan, lega.. bawak civic baru ni cukup best, tak terasa meter dah tunjuk 110 km/h, memotong pon senang dan stabil, patutlah abe kata kat wife dorang senang2 saja bwk 120-140 km/h, inilah sebabnya agaknya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment