Sunday, July 15, 2012

wakaf che yeh dulu-dulu...

Abe raa terpanggil untuk menulis pasal kebakaran deretan rumah kedai di pekan wakaf che yeh yang berlaku pada 1 Mac lalu. Biarpun dah lama, tapi abe rasa abe perlu catatkan sesuatu tentang rumah kedai tersebut. Rumah kedai tersebut bukanlah yang asal, Rumah kedai yang asal telah di robohkan untuk membina rumah kedai yang ada sekarang, yang dah terbakar ni. Rumah kedai yang baru ni di bina ketika pasar wcy yang asal yang ada kat situ di robohkan dan dipindahkan ke tapak pasar borong sekarang. Rumah kedai ni di bina baru pun kerana proses pembesaran jalan kuala krai di situ. Rumah kedai asal yang abe cakap tadi maknanya rumah kedai yang dah ada sejak abe kecil lagi. Kalau ada bangunan rumah kedai yang lagi awal daripada tu, abe tak tahu la...


Seingat abe, rumah-rumah kedai di situ sebagahagian besar perniagaannya dijalankan oleh orang melayu dan ada 2-3 buah kedai yang diusahakan oleh orang cina. Kedai runcit ada 2 buah, kalau tak silap abe kedai yop, dan kedai mak su jarah dan kedai mak su minah, kemudian ada 2-3 buah kedai makan kalau tak silap abe, kedai pak yeh, kedai pak su ghani. Ada dua buah kedai gunting rambut. Kedai baiki motor dan dan kedai baiki basikal dimiliki oleh org cina. Ada kedai tayar juga dimiliki oleh org cina. Kedai tayar nilah yang punca berlakunya kebakaran hari tu. Kemudian ada kedai saloon rambut. Ada kedai hardware biasa yang dimiliki oleh pak su taib. Ada juga kedai jual daging yang dimiliki oleh pak su ya. Pagi2 kedai ni akan rebus tulang-tulang lembu dan abe ingat lagi lemak2 dari rebusan tu cukup banyak.


Dulu jalan kuala krai- kota bharu tak lah macam sekarang, cuma ada dua lane saja, tetapi sekarang ada emapt lane dan ada divider lagi. Nak lintas jalan ke sebelah sana pun senang, kenderaan masih tak banyak. Sekrang nak lintas jalan macam menyabung nyawa, kenderaan banyak dan laju-laju. Dulu kalau dari rumah abe nak ke kota bharu terus sahaja belok ke kanan, tetapi sekarang kena pusing U di cabang empat pasir hor sejauh 1km pergi balik. Kadang-kadang abe cilok juga masuk ke lane kanan kalau nasib baik masa kereta tak banyak. Satu saja yang kurangnya pekan wakaf che yeh ni ialah tak ada perhentian bas, kena berdiri sampai bas tiba. Bas tak ada masalah, ada 3 laluan bas, iaitu bas no 44 bas kem desa pahlawan, bas bandar dan bas pasir mas salor. Pondok telefon ada satu, tapi faham-faham sajalah perkhidmatan telefon tahun 70an. Kalau bercakap melalui telefon kat pondok telefon tu macam bercakap dengan planet marikh, tak jelas dan bising.


Pada masa sekarang wakaf che yah dah berkembang pesat. Rumah kedai dah tak terkira banyaknya sejak kewujudan pasar borong. Deretan rumah-rumah kedai selepas stesen minyak caltex sekarang ini merupakan tanah sawah padi dan bekas tapak kilang kayu yang kami panggil syarikat a. rahman. Di kilang kayu inilah sekali-sekala kami budak2 kampung buat rombongan ke kilang kayu ni untuk ambik kayu-kayu yang tak dikehendaki oleh pihak kilang. Perbuatan kami tak pernah dihalang dan tak pernah dimarahi oleh pekerja di situ atau pihak tuan punya kilang. Kadang-kadang kayu-kayu yang kami bawah balik bila dicantum boleh hasilkan perabut pulak. Di sebelah kilang kayu ni ada tempat memproses kayu balak. Abe sering jugak bersama dengan mak abe gi ceroboh kilang proses balak ni utnuk ambil kulit kayu balak. Mak abe gunakan kulit kayu balak ni sebagai kayu api untuk masak kuih apam yang mak abe jual di pasar wcy yg lama tu.


Sekarang ni di wakaf che yeh maacam- macam ada bak kata orang astro. Restoran mc donald, kilang pemasangan perodua, hotel 9 tingkat dan di pasir hor sebelah kiri lebuh raya ke pasir mas yang baru di bina, khabarnya akan didirikan pasaraya giant, tapi sampai sekarang abe tak nampak lagi, tapi yang abe nampak kat situ didirikan macam kompleks kerajaan. Taman-taman perumahan dan ada iaitu taman perdana kalau tak silap, iaitu bekas tapak kilang getah yang kami panggil baustead. Pemancar rtm pun dah berubah wajah, kalau dulu kecil sekarang dah besar macam pemancar celcom, tapi tinggi amat. Berbalik kepada kisah rumah kedai yang terbakar tu. Macam yang abe kata tadi, kebakaran tu berpunca dari kedai tayar cina. Dengar cerita, puncanya litar pintas. Faham-fahamlah kedai cina wayar berselirat, pulak tu banyak barang mudah terbakar. Ada kawan abe tinggal di salah satu rumah kedai tu, barang-barang dia tak sempat diselamatkan, cumanya mesin basuh saja. Dan yang latest abe balik bulan 2 lalu, kawasan tu dah dipagar, mungkin untuk membina rumah kedai yang baru....








rumah kawan abe..

kawan abe yang bersemutar tu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...