Saturday, July 14, 2012

cikgu menganiaya budak...

alhamdulillah, penantian lebih kurang 3 minggu dah berakhir. Akhirnya pasukan nazir yang yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga ke sekolah abe. Mereka datang utk observe sekolah abg yang dicalonkan sebagai sekolah kluater kecemerlangan. Dan perkara yang cuba abe elak akhirnya terjadi juga. Abe kena observe P&P oleh salah seorang nazir tu. Pada awalnya abe dapat tahu mereka dijadualkan datang pada hari khamis, abe rasa lega jugak pasal hari khamis abe hanya ada 2 period aje, itu pun masa hujung. Tapi pada pagi selasa lepas dengan tak semena-mena mereka muncul di sekolah lebih kurang jam 8 pagi. Hari rabu, jadual p&p abe boleh dikatakan penuh, berselanga satu masa sahaja. Abe ada 6 period pada hari rabu. Yalah, abe pun tak buat persediaan sangat, pasal dah letih menunggu sejak 3 minggu lepas. Abe buat apa yang terdaya. Salah satu subjek pada hari tu ialah subjek sejarah form 3. Abe agak, mau tak mau abe pasti kena observe jugak pasal abe dengar sekolah2 lain subjek ni kena observe pasal salah seorang nazir ni option subjek ni. Perkara yang abe sangkakan dan risaukan menjadi kenyataan. Sebaik saja abe masuk kelas dan lepas minta pelajar sediakan meja dan kerusi di belakang, si nazir tiba-tiba sahaja muncul di pintu belakang. Abe terkejut juga tapi cool ajelah pasal dah mcm bersedia sikit. So abe teruskan p&p mcm biasa. Abe buat penerangan sikit, suruh pelajar cari maklumat dlm buku teks, tanya pelajar, jelaskan sikit dan akhirnya abe bagi lembaran kerja kepada pelajar. Bila dah selesai nazir ni, namanya En. Mazlan ajak abang ke kelas sebelah yang kebetulan kosong untuk berbincang. Biasalah lepas observe akan ada perbincangan. Perkara pertama dia tanya abe ialah, "cikgu sakit ke?". Abe kata tak. Dia kata dia nampak abe mcm org sakit. adooii... agaknya muka abe pucat kot? hehehe. Kemudian banyaklah perkara yang dia tegur abe, kekurangan dan kelemahan abe dalam p&p tadi. Perkara yang paling abe ingat yang dia kata kat abe ialah, "cikgu menganiaya budak dengan cara pengajaran cikgu tadi", "budak-budak tu terima apa sahaja yang cikgu bagi, kalau cigu bagi sampah, mereka pun akan dapat sampah", "cikgu tak bminat dengan sejarah dan cikgu kurang pengetahuan tantang sejarah", "80 minit pengajaran cikgu budak-budak tu tak dapat apa pun" dan banyak lagilah yang membuatkan abe terkedu dan terduduk (memang dah duduk pun). Lama jugak dia belasah abe ada dalam setengah jam. Abe rasa benar- benar down dan rasa mcm x nak jadi cikgu lagi. Tapi bila dah lama dan dah cool, abe terfikir balik, abe bukanlah pakar sejarah, dan abe dah buat apa yang terbaik yang boleh abe lakukan. Abe bukan super teacher tahu segala-galanya, abe dah buat apa yang termampu. Abe ajar ikut kemampuan budak. Rasanya tak perlu terangakan satu perkara secara detail, mereka cuma student form 3, kalau pun mereka nak tahu lebih merekalah yang patut explore dan cari maklumat tentang sesuatu yang mereka nak tahu tu sendiri. Jangan aharapkan semua cikgu nak bagi, semua nak disuap oleh guru. Walau bagaimanapun abe anbik positif teguran, cadangan dan tunjuk ajar En. Mazlan ni untuk membaiki kelemahan abe dan seterusnya meningkatkan mutu p&p abe. Semua warga sekolah rasa lega pasal dah lepas diobserve oleh nazir, abe pun lega, tapi dalam lega, abe sedikit tergugat dengan teguran nazir tu. Keyakinan sedikit tergugat dam membuat abe terfikir balik kesesuaian abe dengan kerjaya guru. Sebab tu abe kata kat pengetua abe, abe tak nak memgajar lagi, abe nak jadi pembantu makmal aje..... :-((

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...