Sunday, December 11, 2011

Cuti, cuti dan cuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada saat ini abe tengah menanggung sakit gigi. gigi mana pun abe tak pasti, banyak sangat yang dah rosak. Abe makan ubat pun tak dapat nak menghilangkan rasa sakit. Memang betullah orang kata kalau sakit gigi semua benda tak jadi, mood dan selera makan pun hilang. masa sakit gigi ni punyalah berazam kalau dah hilang sakit, nak gi cabut, tapi itu masa sakit, bila dah hilang sakit lupa apa yang dijanjikan.

Ada satu perkara yang abe nak share kat sini iaitu  kat tempat abe ni dah ada liputan 3G Celcom. jadi nak surf internet tu laju sikitlah dari sebelumnya. Broadband ni memanjang aje lampunya warna biru. Abe dan wife pun rancang nak upgradekan broadband dan nak beli router wifi, boleh pakai ramai2 dalam satu masa, insyaAllah.

Esok abe dah mula  mesyuarat keduapenandaan SPM. Sebenarnya abe dah siap tanda hari selasa lepas lagi, selesaikan cepat2 takut ada hal lain yang akan datang, tapi insyaallah semuanya dah selesai, cumanya claim saja yang belum print takut nnt ada apa2 perubahan.

Cuti hujung tahun kali ni boleh dikatakan penuh dgn aktiviti dan terisi jugaklah, pasal sebelum cuti, abe dan wife dah buat perancangan, alhamdulillah tak ada yang clash. tapi satu je spoil, abe sakit gigi, tak dapat nak enjoy sangat cuti ni (nasib baik dah habis tanda kertas.)

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...