السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Lepas solat jumaat semalam, kitorang terus gi ambik yin kat sekolah dia. Sampai sana dalam pukul 4 lebih. Dah tak ramai budak2 yang tinggal. Pihak sekolah dah lepaskan student balik pukul 11.30 pagi lagi. Masa abe sampai blok asrama dah dikunci. Budak2 yang tinggal melepaklah mana2 yang boleh lepak. Nurin tengah tidur kat surau masa kitorang sampai. Abe rasa tak puas hati jugak dengan pihak sekolah. Masa taklimat hari tu cakap, kalau nak bawak anak balik rumah kena datang lepas pukul 2.30 petang. Abe terkejut jugak bila yin bagi tau 11.30 dah boleh ambik. Abe pon stick to the plan, pasal dah dua minggu abe tak gi solat jumaat.
Lepas tu kitorang terus balik. Sebelum sampai hentian nilai, hiway dah jem sampailah sebelum sampai hentian seremban. Abe ingat jem psl orang balik raya cina, tapi rupanya ada accident, tak teruk sangat, cuma sondol buntut je tapi jemnya ngalahkan lori balak terbalik. Kitorang singgah kat jusco jamu nurin pizza hut. Kitorang tak jalan2 sangat psl masing penat terutama abe la (hehehe) yg drive sejak balik dari sekolah pukul 12.00 lagi. Sampai rumah, masing2 tak tunggu lama, letak kepala ke bantal, terus tak sedar apa2 lagi...
abe: miss solat subuh..
No comments:
Post a Comment