السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selepas hampir 2 minggu abe anak beranak tidor atas lantai mcm kat pusat pemindahan banjir, akhirnya katil yang wife abe order 3 minggu lepas sampai jugak petang tadi. Walaupun abe ada sikit rasa hangin satu badan pasal lambat sampai, tapi akhirnya terubat jugak pasal katil tu sangatlah cantik dan abe laki bini sangat puas hati dengan katil tu. Katil divan king size. Tambah menyejukkan hati abe ni ialah yang tukang hantar tadi salah seorang ialah bekas anak murid abe. Rupa2nya dia nak kahwin minggu depan. Dijemputnya abe datang majlis kahwin dia nanti, insyaAllah sampailah abe nanti...
Abe: makin sedap tido...
2 comments:
fuyyo!!
katil baru tu!!
a'ah yin. nanti kite sume tido satu katil. Ayah, mak, adib ngan baby tido pon lapang lagi...
Post a Comment