Thursday, February 6, 2014

avanza --> crv --> kancil

Lepas abe hantar avanza ke workshop di pilah (bengkel shaharuddin), kereta tu kemudiannya dihantar pulak ke bengkel di seremban dengan alasa kononnya kerana abe nak kereta ni cepat siap tapi kalau nak kira dalam sebulan jugak baru abe kereta abe tu siap dan boleh dibawa keluar workshop. Dalam masa tu abe agak sukar jugak untuk bergerak kerana satu kereta dah tak ada. Nasib baik abe ada motor kapcai tu. Abe gi servis dulu motor tu tukar mana yang patut. Dengan motor tulah abe sempat sekali ulang alik ke palong 2 dan banyak kali jugak abe berulang-alik ke spbi di batu kikir masa abe buar program penandaarasan di siitu. Dalam masa ni wife abe banyak jugak kena gi kursus, jadi dapatlah abe pakai kereta yang satu lagi, kalau tidak teruk jugak.

Disebabkan avanza lambat lagi keluar bengkel dan crv yang abe booking dah pun sampai (lama jugak booking tu sejak bulan 3/13, bulan 9/13 baru ada pasal ada sikit konflik pasal kaler kereta). So, si salesman, eddy cadangkan kami bayar muka pakai duit simpanan dulu, pasal cina use car dah janji akan ambik jugak avanza abe dengan harga RM20k. jadi kitorang setuju bayar deposit dengan duit simpanan, abe separuh dan wife separuh. Masa mula2 sign perjanjian abe pinjam RM120k tapi tah macam mana kena naik lagi 10K jadi rm130K. Bila abe dapat surat perjnjian, loannya dalam 120k tapi bila nak bayar ansuran dia pakai yang 130k, abe pun tak kisahlah, lantaklah. So dalam 2-3 hari crv pun keluarlah, lega sikit pasal dah ada kereta untuk gi kerja.

Kemudian, tak berapa lama lepas tu, bengkel avanza di senawang call katanya kereta dah siap. Abe tak leh gi ambik pasal kerja, wife abe yang gi ambik. Tapi keadaan kereta tak sempurna sangat. Minyak hitam keluar dari enjin dan bunyi bising dari enjin teruk sangat. tak lama kemudian, abe bawaklah kereta tu ke use car. Seperti yang dijanjikan, cina usecar bagi cek rm20k seperti yang dia janji dulu. Abe bagi balik duit wife abe dan selebihnya abe gunakan untuk bayar kerta kancil secondhand yang abe ambik dari kedai ah meng di senaling ni untuk abe ulang alik ke palong. Mana larat pakai civic dan crv ke palong oiii...bukan minyak aje tapi mileagenya nanti buat patah tulang belakang. tapi jujur abe katakana crv ni berbaloi-baloi.. kancil ni pulak ada masalah mulanya di mana masa abe bawak dekat selekoh, dia macam nak terbabas. Abe bagi balik kat ah meng dan dia repair sampai sekarang okay aje...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...