Monday, April 22, 2013

Begini ceritanya...

Pada 27 Februari yang lepas, abe dapat panggilan daripada pegawai PPD yang menawarkan abe untuk jadi GPK Koko di sebuah sekolah menengah di Palong. Pada mulanya abe agak keberatan untuk menerimanya pasal memikirkan jaraknya yang jauh. Tapi pegawai tu kata taklah jauh sangat berbanding dengan rumah abe dengan sekolah asal abe ni. Kemudian, abe mintak sikit masa untuk tanya pendapat wife abe. Wife abe suruh terima aje. Abe call balik pegawai tu dan nyatakan persetujuan. Dalam pada tu, pegawai ni cakap jangan berharap sangat pasal ada beberapa orang calon lagi. Abe pun tak kisahlah, kalau dapat rezeki namanya, kalau tak pun tak apalah. Abe ambik keputusan untuk diamkan perkara ni, tak nak heboh-heboh, nanti kalau tak dapat, mana nak sorok muka. Dua tiga hari kemudian pengetua abe panggil in person dan bagitahu berita ni yang abe dah tahu pasal pegawai ni tadi dah call dia maklumkan hal ni. Selepas beberapa hari, berita ni dah tersebar tapi abe tak cakap sepatah pun. Abe rasa berita ni tersebar dari seorang guru di sekolah lain yang juga dapat panggilan dari pegawai tadi yang menawarkan tempat abe padanya. Berbeza dengan abe yang suka diamkan, tapi cikgu ni dah heboh kononnya dia akan datang ke sekolah abe menggantikan abe. Ada beberapa orang cikgu sekolah abe yang dapat berita ni semasa pergi mesyuarat di luartanyakan hal ni pada abe, tapi abe diamkan saja. Kemudian abe dengar ada penyerahan watikah perlantikan di Jabatan dua minggu selepas tu, tapi tak ada pun panggilan untuk abe. Sehingga tiba hari penyerahan watikah, masih belum ada sebarang berita, jadi abe anggap tiada sebarang perlantikan untuk abe. Dua tiga hari lepas tu abe jumpa dengan seorang kawan. Masa berborak dengan dia, dia kata majlis penyerahan watikah tu hanya untuk daerah Kuala Pilah saja. Abe rasa lega sikit. Walau bagaimanapun dari hari ke hari perkara ni semakin lama semakin senyap. Abe dalam pada tu lega jugak pasal malas nak melayan pertanyaan yang abe tak mampu nak jawab. Dalam masa yang sama hari demi hari abe  berdoa supaya abe akan dapat berita gembira. Sehinggalah hari rabu lepas iaitu 18 April lepas, abe dapat pesanan telefon yang suruh abe hadiri majlis penyerahan watikah perlantikan pada 22 April (hari ni). Masa diberitahu tu abe cool aje, tapi dalam hati mengucapkan kesyukuran tak terhingga. Tetapi yang mengejutkan ialah seorang lagi guru sekolah abe pun diminta hadir ke majlis tersebut.

Hari ni abe sampai ke JPNS jam 8.30 pagi, bila masuk bilik mesyuarat, dah ada orang tapi tak ramai lagi. Cikgu yang kata nak gantikan tempat abe tak ada pun. Bila majlis berjalan, rupanya cikgu sekolah abe tu yang akan gantikan tempat abe dan cikgu tadi tak nampak batang hidung sampai sudah. Maknanya dia tak dapat tawaran ni. Masa sedang tunggu majlis mula, rupanya guru yang duduk sebelah abe ni ialah guru yang tempatnya abe akan gantikan, dia masih bertugas di tempat yang sama sebagai GPK HEM...

Abe di sekolah sekarang dah lama sangat. Masa mula-mula sampai sekolah ni, rasa terkejut bila tahu salah seorang cikgu ni dah 11 tahun di sekolah ni, tapi abe ni dah 14 tahun. Jadi abe rasa pertukaran ni memang sesuai dan patut sangat. Memang abe rasa nak pindah sejak dua menjak ni tapi takut abe akan mula dari kosong semula, takut kena buli. Lagipun abe perlukan suasana dan bidang kerja baru supaya semangat bekerja kembali pulih. Jaraknya kalau abe tengok google maps, dari rumah abe ada dalam 52km sehala. Jauh jugak tu. Sekolah sekarang ni jaraknya lebih kurang 37km. Abe memikirkan, abe dah biasa jarak jauh dan ada orang lain yang lagi jauh dari abe, so abe anggap ni sebagai cabaran, no pain no gain!!!

InsyaAllah, esok abe akan lapor diri di sekolah baru.

Jadi itulah kisahnya.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...