Tuesday, February 5, 2013

Abe & Batu Karang

Bukan sebarang batu karang dan bukan batu karang kat dalam laut tu tapi batu karang kat dalam buah pinggang. Abe sedar abe ada batu karang bila abe kencing tak lawas dan rasa sikit pedih kat pintu keluar. Air kencing pun ada sikit bercampur darah, tapi itu lama dulu, hampir 10 tahun lepas. Dan selama tu, rasanya dah 4 kali abe kena serangan sakit batu karang ni. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Sesiapa yang pernah kena tahulah macam mana rasanya. Sebelum abe kena serangan sakit batu karang ni (dah tentu berguling-guling dan berpeluh menahan sakit), kesihatan abe agak merosot, selalu saja sakit selain daripada tanda2 yang abe cakap sebelum ni. Bila jumpa doktor, doktor syak batu karang, dia berikan ubat lawas kencing. Serangan pertama abe masa kat kelantan, masa tu terus pergi hospital dan doktor cocok terus baik (tak sakit). Bila tak sakit terus lupa nak berubat ke apa. Kemudian serangan kedua tak tertahan, wife abe bawak gi hospital colombia seremban. Kat sinilah abe terima rawatan pertama daripada Doktor Yoong. Satu salur tiub dimasukkan ke dalam saluran kencing abe menyambungkan pundi kencing dan buah pinggang supaya abe boleh kencing macam biasa. masa tu batu karang tersekat di saluran kencing, jadi dr yoong tolak balik batu karang tu ke dalam buah pinggang. Dalam masa yang sama abe buat appointment utk operation hancurkan batu karang tu. Operation ni tak dilakukan di Hospital Colombia tetapi dibuat di southern Hospital di Melaka pasal masa tu Colombia tak ada kemudahan untuk tembak batu karang tu. Mulanya prosedur ni tak sakit, tapi makin lama makin sakit sampai abe termuntah. Orang kata prosedur ni tembak laser, tapi sebenarnya dia pakai ultra sound. Dia letak alat macam belangan kat pinggang, lepas tu ditembak pakai bunyi. Sepanjang rawatan batu karang ni, proses nilah yang paling sakit, tapi hasilnya batu karang dapat dihancurkan jadi macam debu. Selesai rawatan ni, abe ditempatkan kejap dalam bilik store (kesian), kami tak ambik ward untuk jimatkan kos. Kos masa tu adalah sekitar RM6000. Masa tu pakai duit sendiri, habis simpanan tabung haji wife abe. THANKS TO HER. Lepas dah ok sikit, wife abe yang drive balik Kuala Pilah. Seminggu selepas tu, abe pergi lagi ke colombia untuk keluarkan tiub dalam salur kencing tadi dan lepas tu kencing abe keluar macam air terjun. Cerita masukkan tiub ke dalam salur kencing ni abe akan ceritakan secara detail kemudian.

batu yg keluar dengan kencing abe..


Serangan kedua berlaku lagi semasa abe tengah tahlil di surau waktu maghrib. Tak tertahan sungguh sakitnya sampai berguling-guling  dan berpeluh2, Abe tak tunggu lama suruh wife abe hantar abe ke hospital, tapi bukan lagi Colombia tetapi KPJ Seremban pasal Doktor Yoong dah pindah ke KPJ.  Sampai di KPJ, abe hampir pengsan kerana menahan sakit. Lepas daftar, abe minta doktor inject pasal tak tahan sakit sangat dah. Dalam pada tu pihak hospital hubungi dr Yoong. Bila Doktor Yoong sampai, dia terus cam dan ingat lagi kita orang ( mana taknya, masa nak bayar first time dulu sekepuk duit rm6k bagi kat dia). Dr Yoong ni baik dan friendly sangat. Di KPJ ni abe ditahan selama beberapa hari dan ada saudara mara terdekat dari kelantan datang melawat. Yang ini ada abe ceritakan dalam post yang terdahulu. Pada masa ni abe hampir nak menjalani rawatan nak tembak batu ni lagi sekali, tapi bila x-ray, batu dah bergerak menghampiri tulang punggung. Doktor pun serba salah nak tembak, jadi dia cadangkan supaya tunggu dulu, manalah tahu batu tu keluar sendiri. Memang betul batu tu keluar sendiri ikut air kencing bila abe dah balik rumah.

Serangan ketiga berlaku juga masa abe kat rumah, pun abe tak tunggu lama terus minta wife abe hantar hospital, lepas injek, abe ingat nak tinggal di wad, tapi malangnya wad penuh, dorang suruh datang esok pagi. Sakit pun dah hilang, abe pun balik. Semasa dalam perjalanan balik, sakit datang lagi. Abe suruh wife abe singgah di hospital kuala pilah. Masa kat sini abe rasa sakit sangat sampai termuntah2 dan terpaksa inject 2-3 kali. Bila dah siang, abe pergi lagi ke KPJ dan masuk wad 2-3 hari, batu pun masih tak keluar walaupun ada pergerakan. Abe dibenarkan balik kerana doktor yakin batu tu akan keluar. Memang benar batu tu keluar semasa abe kencing sebaik sahaja sampai rumah!!


latest punya..


Tadi abe cerita pasal saluran tiub dimasukkan ke dalam salur kencing abe. Prosedurnya ikut lubang hadapan. Memang betul tak sanggup, tapi dalam keadaan abe masa tu, abe dah tak kisah, sakit punya pasal, abe relakan buatlah apa sahaja asalkna sakit hilang. Masa nak mula prosedur ni, macam biasa abe pakai baju pesakit dan diusung ke dalam bilik bedah. Misinya perempuan, sebelum doktor sampai, misi ni bukak kain abe dah diusap2nya angrybird abe. Memang rasa malu tapi tak kisahlah, lagipun abe angap dia pro (muda lagi orangnya, rasa muda daripada abe). Masa dia dok tengah usap2 mahkota dewa abe tu, kawan dia tah dari mana terus saja buka pintu bilik bedah dan anda boleh bayangkan apa yang terhidang depan mata dia. Tapi masa tu aiman dah tak kisah dah. Abe dipengsankan semasa dimasukkan saluran tiub tu tetapi masa nak buang tu abe diberi bius tapi masih sedar.

Tadi abe ada cerita abe ada singgah kat hospital kuala pilah. Bila terima rawatan sini, abe dibuat temujanji berkala untuk pemeriksaan batu karang ni sedangkan masa yang sama abe buat rawatan di KPJ. Dalam salah satu sesi pemeriksaan, lubang belakang abe telah dijolok dengan jari oleh doktor. Doktor tu bangsa India, muda lagi. Apa yang dia nak cari abe pun tak tahu sedangkan abe dah cakap abe ada history penyakit batu karang ni. Apa nak buat, bak kata abe, nak buat apa pun buatlah asal sakit sembuh. Ada lagi satu peristiwa yang kelakar masa buat rawatan di hospital Kuala Pilah ni. Sesi ni scan pakai ultra sound, doktor tak nampak batu pun tapi keesokkannya sebutir batu karang keluar masa abe kencing... memang kelakar.

Itulah pengalaman abe sepanjang2 mengidap penyakit batu karang ni. Sekarang abe ada pakai kad kesihatan, jadi tak risau sangat pasal kos rawatan. Untuk pengetahuan, pengidap batu karang ni pantang dia ialah makanan laut dan kekacang, jangan tahan kencing dan kena kerap minum air. Penyakit batu karang ni akan berulang-ulang tengok pada amalan gaya hidup kita. Abe hanya sekali sahaja terima rawatan tradisional,  itu pun masa sakit, bila dah sihat lupa, malas nak buat rawatan susulan. Sekrang nipun pinggang dah mula rasa sengal2, tu tanda2 serangan tu... mulalah sibuk nak cari ubat....

14 comments:

fieznur said...

Salam Abe, nasib baik terjumpa post ni, saya baru aje admit KPJ Seremban sebab suspect batu karang. Rumah kat Bagan Lalang, berguling2 mandi basah kuyup siap muntah2 menahan sakit. Nyaris2 2 kali rasa nak pengsan terus. Jumpa doktor Yoong jugak.

Cikgu Die said...

kongsi-kongsi cerita..

Anonymous said...

Boleh cuba ambil URINEX. Manfaat yang anda perolehi :
1. Membantu memecahkan & mengeluarkan batu karang dari saluran kencing.
2. Mengurangkan kekejangan & radang saluran kencing yang dikaitkan dengan batu karang.
3. Melawaskan pembuangan air kencing & meredakan gangguan buah pinggang yang disebabkan oleh batu karang.

Fb Pages : https://www.facebook.com/pages/Cinderellacute-Baraka-Habbatus-Sauda-Kapsul/126502494148896

Untuk sebarang pertanyaan/pesanan boleh terus call/whatsapp saya di 016-6521445 (Mas).

Tabib Hj Nizam said...

Cuba bayangkan bila tiub dimasukkan ikut saluran kencing sakitnye hanya Allah shj yang tahu pas nei tabib kena jaga x sanggup lagi dah menahan sakit

Mohd Fikri said...

6/11/2016, sakit perut teramat sangat. Last2 minta kawan bawa g klinik kesihatan je. Masa nunggu tu, perghhh...perit...hanya Allah je yg tahu...bila dpt result urine test, Dr cakap ada darah. So Dr suspect ada batu karang. Apa tindakan seterusnya ya...

UmmuAyyash said...

Ada kawan sampai buat laser untuk pecahkan batu karang. Belanja dekat 20k untuk rawatan.. syukurlah dah sembuh sekarang.

Raszman said...

Alhmdulilah sy type msg ni smbil barind di aras tilam wad hospital tropicana kota dsara. 3hari lps tiba2 pinggang kanan bwh blkg sy sakit teramat sgt.. gi hosp sg.buloh tggu lama baru mrk bg injection dan suruh pulang. Besok masyallah sakit sangat smpai mnangis..so pergi kali ke2 hosp sg.buloh n mrk bg injection n suh dtg lps smunggu utk appoiment.. tp dsbbkn sakit tramat sgt sy pergi ke private hosp cuba pkai medical card AIA dr compny sy keja..Alhamdulilah leh pkai.. mlm tu juga Dr buat pmbedahan lazer dlm kedaan sy dibius penuh.. bila sedar jer..Dr ckp dah selesai.. tp Ya Allah..Tuhan jer tahu peritnya nak titiskn stitir air kuar dr pundi kncing.. itupon darah yg kuar... pedih weii...baru trgt dosa phala n btp besarnya kukuasaan Allah... jd pmbca2 dluar sana..amlkan byk minum air putih.. jgn thn kencing.. jgn suka sgt mkn mknan laut.. dan jg kesihtan bdan anda.. inilah nikmat pencipta paling berharga buat diri kita..

suka kongsi said...

๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit..tetapi rawatan hospital jgn lari..tetap wajib diteruskan...kedua2 rawatan amat bermanfaat.

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ En Mohd Zuhairi- 0174687570

2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil....walaupon bahan semulajadi tetapi penawar nya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital☺๐Ÿ‘๐Ÿป

3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser....ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor...penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

5) Selain dr penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi yg hebat ini sebagai rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan seperti penyakit :
-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout . (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.
memperlahankn pertumbuhan penyakit)

7) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , termasuk kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die ( penawar jus ) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar sampingan bg penyakit knser yg tepat .disamping itu TIDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Nanti kalau nak ikhtiar dgn penawar beliau, dan sudah mencuba ,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser....boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan penawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai salah satu rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr kanser. penawar jus ini diambil selari dgn rawatan hospital.
~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil penawar jus ni dr kanser tahap 4 sehingga sembuh tanpa meninggalkn jus dan rawatan hospital...
~~~~~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini...ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..

๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

๐Ÿ’Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab.mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ











suka kongsi said...


NOTE :
Kebanyakan pesakit2 yg mengambil penawar jus ini tetap meneruskan temujanji doktor masing2....tidak boleh tinggal kan rawatan hospital utk melihat perubahan penyakit mereka...walau bagaimana pon..mereka mengatakan terdapat perbezaan jika membuat rawatan hospital ketika bersama2 mengambil jus ini dan dgn tidak mengambil nya.. jus ini diteruskan oleh mereka apabila kesan nye mereka tidak jatuh sakit teruk semasa rawatan hospital dan kekal cergas bertenaga dan menambah selera makan terutama nya semasa rawatan kimo.
- Ia bukan lah jus rawatan yg memanaskan badan anda. Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN dan ia merupakan herba yang amat perlu di miliki oleh setiap pesakit..

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..

Anonymous said...

Apa prosedur dan berapa kosnya?

Anonymous said...

Prosedur apa namanya dan berapa kos semua?

M.firdaus said...

Wslm urinex ni ok ke

Firdausshamshudin86 said...

Serius sakit...aku xray ada batu dalam pundi kencing...sakit dia x tau nak habaq...sakit pinggang yg teruk kemaluan sakit...dok saja2 dia mai mcm benda dok cucuk2...panas dalm saluran kencing tu...lagi batu x keluar jenuh nak hadap benda mcm ni...

Nurul iPhone Enthusiast said...

ya allah...seramnya baca kena batu karang...semoga sihat2 saja ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...