Saturday, August 11, 2012

Periuk besar...

Pagi sabtu, cuti... nak tido pun tak lelap, nak bersihkan laman takut tak larat pulak... hehehe. Tinggal seminggu lagi kita berpuasa, minggu depan dah raya. Baju yang ditempah dah siap, tapi belum ambik. Shopping raya abe dan wife rancang hari ahad ni lepas balik bukak puasa rumah abg ipar di KL. Alhamdulillah tahun ni abe dapat rezeeki lebih sikit. hari tu dah dapat naik gred ke dg48. Dua tiga hari lepas abe dapat salinan Q8 dari dg44 ke dg48, berlaku kenaikan banyak juga dari gaji sebelum ni, adalah dalam 52++ lebih sikit, nanti campur dengan elaun semua, abe dapatlah dalam 6+++ sikit. Aduh, bila tengok figure ni abe naik takut pulak, suka tu dah tentulah, sapa yang tak nak ye tak?? Dulu tgk orang gaji 5-6k rasa banyaknya, habis ke? Macam tak percaya abe dah sampai tahap tu. Tapi alhamdulillah. Selama ni takat cukup2 aje, tapi lepas ni, insyaalllah abe akan mula menabung yang abe tak dapat nak buat sebelum ni pasal tak ada apa yang nak ditabung. Rasanya nak tambah harta dah cukuplah apa yang ada sekarang ni, lagi pun nak bawak ke mana ye tak?? Tahun ni juga ada beberapa loan abe akan tamat. personal loan BSN, loan komputer dan loan kereta pun habis tahun ni. Tu ada dalam 1700 jugak tu. Tapi tahun depan kena sedia untuk potongan rumah yang abe baru beli tu dalam 16++ sebulan. Boleh cover tu. lepas ni bolehlah abe belikan sesuatu untuk wife yang selama ni abe tak dapat belikan kerana kes cukup-cukup makan ni....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...