Friday, May 18, 2012

Yang ditunggu dah tiba...

Alhamdulillah, agaknya rezeki hari guru. Pada malam menteri pelajaran umum kenaikan pangkat guru-guru pada 16 Mei lepas, abe pun tengok kat internet ada ke tidak nama abe, dan tanpa disangka nama abe keluar dan berjaya mendapat kenaikan pangkat dari dg44 ke dg48. Sebelum ni pun abe dah chek banyak kali, tapi tiada maklumat. Terus abe inform kat wife, dia pun bukan main suka. Alhamdulillah, bersyukur kerana penantian abe selama ni dah berakhir. Terubat juga perasaan abe dan macam dapat semangat baru pulak. Beberapa hari sebelum tu para PK-PK dah dipanggil untuk disampaikan watikah perlantikan ke dg48, abe pun rasa sikit frust, tapi rezeki kita Allah dah atur dengan sebaik-baiknya. Maknanya abe berada di trek yang betul. Alhamdulillah sekali lagi..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...