السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selesai sarapan hari kedua di sini, kani bertolak ke arah Kota Belud dengan tujuan untuk berkunjung ke rumah kak kasma yang menjaga nurin dulu, kemudian kami nak singgah sekejap di SMK Narinang tempat abe first mengajar dulu, lepas tu kalau boleh nak ke Simpang Mengayau (Tip of Borneo) di Kudat dan selepas itu kami nak gi ke Ranau. Macam yang abe katakan sebelum ni, jalan di sini dah banyak berubah, jadi susah jugak abe nak cari jalan ke Kota belud, papan tanda yang tertulis Kota Belud, langsung tak kelihatan. Abe redah jugaklah dan ikut papan tanda yang menunjukkan ke arah itu. Akhirnya abe sampai jugak ke KB, tapi dalam 500m sebelum masuk ke KB, traffik dah stuck kerana telalu banyak kereta. Bandar cowboy ni dah banyak berubah, abe pusing2 sekejap nak tgk sekitar bandar, then abe gi pulak Hospital KB nak tengok tempat Nurin dilahirkan. Kemudian abe gi ke rumah sewa abe dulu di Kampung Pirasan dan akhirnya abe ke rumah Kak Kasma. Alhamdulillah, mereka masih ingat kami, cumanya Kak Kasma dan Kent saja yang ada di rumah, tapi masa kami menjamu makan tengahari di pekan, Pendi pulak datang dari KK katanya. Memang tak sangka dapat jumpa mereka semua.
Memandangkan hari dah masuk petang, kanselkan untuk ke Kudat, sebaliknya nak gi Ranau sahaja, kerana Kak kasma bagitahu yang jalan ke Ranau dari SMKN sudah diturap. Selepas makan kami terus ke Narinang. Di sini kami tinjau2 sekolah sekejap dan dapat juga jumpa seorang kawan lama. Niat abe nak gi rumah cikgu japit tak ke sampaian kerana hari pun dah sangat petang dan tak dapat jumpa rumahnya. Kami terus ke Ranau dan sampai di sana haripun sudah petang sangat, kira-kira sudah jam 5.00 ptg. Selepas solat, kami terus bertolak pulang ikut jalan Tamparuli. Beberapa kilometer lagi sebelum sampai Tamparuli, trafik dah stop, jalan dah jem pasal ada kemalangan bas terbabas langgar pokok. Dekat 2 jam juga kami stranded di situ. Trafik bergerak bila bas tu dialih dari situ. Sampai hotel dah jam 9 malam, kami semua kepenatan dan makan saja apa yang ada kerana kebanyakan kedai sudah ditutup, nak cari restoran kami tak tahu dan tak terdaya lagi. janji nak jumpa Zaidi jam 8 malam terpaksa ditangguh malam esoknya.
Peristiwa hari ni mengajar kami agar buar perancangan kalau nak ke sesuatu tempat kerana banyak masa terbuang dalam perjalanan begitu saja.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..