السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selain tak selesa pakai jam tangan, sebab lain ialah abe mcm ada allergic jugak kalau pakai jam. Pergelangan tangan abe tempat pakai jam tu akan timbul ruam. Perkara ni berlaku kalau abe pakai jam bertali logam. Dulu abe perasan semua jenis tali jam pon tak boleh, tali getah ke, kulit ke atau besi, sume tak boleh, dalam dua tiga hari akan tumbuh ruam-ruam gatal. Tapi dalam setahun dua ni, bila abe pakai jam bertali getah, tak ada pulak tumbuh ruam. Tu yang abe berani beli jam bertali logam baru2 ni. Ingat ruam2 ni dah tak ada, tapi tak sampai seminggu abe pakai, ruam timbul balik. Terpaksa abe tak pakai dulu jam tu tunggu ruam hilang. Sekarang ni kalau abe nak pakai jam tu, abe akan pastikan pergelangan tangan abe akan basuh sebelum dan selepas pakai. Pakai pon tak lama, cuma untuk masuk kelas je, lepas tu abe tanggalkan. Abe harap akan ada imun nnt untuk ruam tu. Tak payah lagi pakai sekejap2. Kalau boleh nak pakai sokmo..
No comments:
Post a Comment